Alkisahnya, sewaktu sesi pengagihan makanan kepada mangsa-mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Othman Talib (1) Tendong di Pasir Mas, tiba-tiba datang beberapa individu berbaju kurung.
Walaupun mereka dalam kesusahan namun tetap bersyukur dan ceria... |
Bak kata orang, kalau sudah terdesak, apa saja pun sanggup disarung ke tubuh. Itu lebih baik daripada menahan kesejukan akibat pakaian yang sudah basah lencun dek air bah.
Pada masa yang sama masih banyak pusat pemindahan masih kekurangan bekalan makanan kerana kesukaran untuk menghantar bantuan melalui jalan darat.
Ini pulak cerita sahabat saya yang menyalur bantuan di tanah Merah ditahan oleh pakcik ni, ingatkan perempuan tiba-tiba menegur dengan suara garau..
"Adik ada baju tak? kesian abang tak de baju, nasib baik ada baju orang perempuan ni.." Kesian Sangat...bila mendengar kisah-kisah yang macam ni lucu pun ada. Semoga mereka yang terlibat tabah menghadapi dugaan yang besar ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan