NUFFNANG

Rabu, Januari 07, 2015

MUSIM SEJUK BAKAL LANDA MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia perlu bersedia menghadapi fenomena cuaca sejuk luar biasa dalam tempoh terdekat seperti yang berlaku di negara ini pada Januari tahun lalu.



CUACA sejuk pernah melanda Malaysia sehingga menyebabkan penduduk terpaksa memakai baju sejuk di Kampung Keroh, Kuala Krai pada 25 Januari tahun lalu.
Fenomena itu akan dialami oleh penduduk di negeri-negeri Pantai Timur yang baru sahaja menghadapi bencana banjir terburuk dalam sejarah negara pada Disember tahun lalu.

Pakar Geografi dan Kajian Iklim Bandar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad berkata, fenomena itu bakal melanda negara ini disebabkan dunia berdepan dengan perubahan cuaca secara menyeluruh.
Tiupan angin sejuk Siberia bakal melanda Malaysia
“Ketika ini cuaca sejuk melampau berlaku di Siberia, Rusia. Tiupan udara bertekanan udara tinggi dari Siberia itu bergerak ke China dan akan membawa cuaca sejuk memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia sepanjang musim Monsun Timur Laut.
Ada desas-desus mengatakan angin sejuk Siberia ini mampu menyebabkan salji turun Wallahu A’lam  
“Justeru, adalah tidak mustahil fenomena cuaca sejuk ini bakal melanda negara sekali lagi dalam jangka waktu tertentu sebelum musim monsun itu berakhir pada Mac nanti,” ujar Shaharuddin ketika dihubungi! bagi mengulas mengenai fenomena cuaca sejuk yang bakal melanda Malaysia.

2 ulasan:

Unknown berkata...

teringin nak rasa salji hehehe

doni berkata...

makasih infonya,,

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: