NUFFNANG

Rabu, Januari 21, 2015

SUBHANALLAH! ADA KEAJAIBAN DALAM BENCANA BANJIR

Disebalik kemusnahan yang dapat disaksikan dalam banjir tsunami yang menimpa Kelantan yang juga dikenali sebagai serambi Mekah terdapat juga keajaiban yang menjadi pengajaran kepada kita.

Gambar-gambar berikut menunjukkan beberapa kejadian yang diceritakan setelah surutnya banjir tsunami tersebut.



Tafsir al Quran cantik tersusun dijumpai diatas bumbung rumah selepas banjir surut di Taman Krai. Ia mungkin dihanyutkan banjir dari sebuah masjid yang ditenggelami banjir.

Naskah al quran ini ditemui semasa operasi pembersihan di Machang. Ia telah berada didalam lumpur berhari-hari tapi apabila mukasuratnya dibuka ia sangat indah dengan tulisannya seolah-olah tidak terusik. Al-Quran adalah mukjizat yang dapat dilihat hingga akhir zaman.


Ini pula naskah tafsir oleh Sayyid Qutb masih juga terpelihara dan dalam keadaan baik.

Ini pula keadaan dalam sebuah surau. Walaupun ditenggelami banjir lumpur terdapat bahagian karpet sembahyang tidak terjejas.

Banjir yang luar biasa melanda Kelantan itu naik secara mendadak lebih dari 20m dalam masa yang singkat hinggakan rumah yang berada ditempat yang tinggi turut ditenggelami air.

Mengikut cerita yang sahih diceritakan oleh sukarelawan banjir. Mereka pergi kesatu lokasi yang terpencil kerana terdapat maklumat terdapat tumah anak yatim dan pusat tahfiz mungkin memerlukan bantuan kerana jauh dipendalaman.

Pada anggapan mereka kemungkinan pondok tersebut alami kemusnahan besar kerana kedudukan pondok di tepi sungai.

Pondok yang ditujui oleh sukarelawan tersebut ialah pondok bernama Madrasatul Tarbiah Aulad yang berada di Kg. Sg. Kenerong, Stong, Dabong dan diuruskan oleh seorang ustaz yang digelar Pak Teh Din.

Berbanding dengan tempat-tempat lain yang mereka telah beri bantuan, perjalanan ketempat tersebut walaupun jauh ke pendalaman agak luar biasa kerana segala-galanya dipermudahkan Allah sejak dari mereka bermula lagi. Walaupun mereka tidak mengetahui lokasi pondok yang di tuju mereka merasakan bagai dipimpin untuk sampai ke sana dengan mudah walaupun hanya bertanya dengan beberapa orang sahaja.

Setelah masuk ke  Kg. Dabong mereka melihat kemusnahan yang sangat teruk di sepanjang perjalanan. Bila masuk ke jalan kecil menuju ke Madrasah Tarbiah Aulad itu mereka membayangkan kemusnahan yang lebih teruk memandangkan kedudukan pondok di tepi sungai. Madrasah Tarbiyah al-Aulad ini berada di laluan sungai utama bawah stesen hidro TNB Sg.Kenerong, Stong, Dabong.

Apabila stesen hidro itu melepaskan air dalam keadaan air yang sudah begitu banyak, maka terjadilah gelombang tsunami yang begitu deras merempuh kawasan  tersebut!

Seperti di ceritakan sendiri oleh Pak Teh Din pemilik pondok tersebut, semasa gelombang air turun dari bukit ke sini..dengan lajunya, dengan tingginya..dengan arus yang ganas menggila...segala-gala yang ada di sekitar kawasan ini dirempuh dgn begitu ganas..

Mereka yg berada dlm pondok ini terlalu takut melihat keadaan demikian. Pak Teh Din sendiri tak pernah  melihat keadaan begini seumur hidupnya.

Maka mereka menunaikan solat di madrasah yang sedang teruk dihempap air...lalu berdoa (dicatitkan sebahagian sahaja)

"Yaa Allah Ya Tuhanku..sesungguhnya aku ini berada dalam rumahMu..dan aku mengajar dan menyebar agamaMu...
Dan mereka yang ada di sini adalah orang-orang yang belajar ilmuMu..
Hanya pondok inilah tempat berlindung yang kami ada...yang kami bina dengan jerih payah hasil dari hamba2Mu yang bersedekah dijalanMu..
Dan kami semua adalah hamba2 Mu yang daif..

Dan sesungguhNya air hujan itu juga hambaMu..dan air sungai itu juga hambaMu..
Maka Engkau arahkanlah mereka itu ke tempat lain dengan kudratMu.."
(kemudian Pak.Teh Din membaca beberapa potong ayat lalu diaminkan doa tersebut)

Di sinilah Allah mnunjukkan kekuasaan Nya...!
Aliran arus air yang terlalu laju dengan keadaan ganas menggila itu BERALIH DAN MENGALIR KE ARAH LAIN...!!!
Masya Allah..Allahu Akbar..!!!
(kejadian arus air beralih arah ini disaksikan oleh semua yang berada di pondok tersebut pada waktu itu)

Akhirnya kawasan pondok2 ini mengalami kerosakan yang sangat minima...berbanding keadaan air yang merempuh kawasan ini..!
(Bayangkan walaupun dalam keadaan air yang sudah surut sungai tersebut masih lagi mengalir deras!)

Satu keajaiban juga dengan kekuasaan Allah, tidak ada satu pun pokok-pokok pisang yang ditanam oleh Pak Teh Din yang tumbang atau mati...Masya Allah. Pak Teh Din menanam beberapa ekar pokok pisang bagi menampung kewangan pondok tersebut.

Source:detikislam/petunjukzaman



Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: