Kebanyakkan pengguna Facebook rata-ratanya menunding jari terhadap kumpulan wanita berkenaan kerana video pertama yang tersebar memperlihatkan mereka bersikap biadap terhadap pemandu teksi terbabit.
Anda boleh melihat video berdurasi 1.06 minit ini di bawah.
Namun, perkara sebenarnya yang berlaku adalah dikatakan berpunca daripada pemandu teksi terbabit.
Di Facebook Oh Media, sebuah rakaman video yang lain dari pihak kumpulan wanita ada menjelaskan perkara sebenar yang berlaku di dalam insiden terbabit.
Menurutnya, pemandu teksi tersebut pada mulanya telah melanggar secara tidak sengaja kereta kumpulan wanita terbabit.
Kemudian berlakulah kekecohan seketika sehingga terpaksa ditenangkan oleh orang ramai.
Dikatakan, pemandu teksi tersebut telah mencederakan salah seorang dari kumpulan meraka dan perbalahan lebih besar pula tercetus.
Berikut merupakan video penuh yang dibawakan oleh Oh Media.
Berikut pula adalah gambar-gambar kecederaan yang dialami kumpulan wanita tersebut.
Namun, melihatkan perkara ini, pemandu teksi terbabit tidak sepatutnya menggunakan kekerasan sebegini kerana ia secara terang-tarangan berpunca dari dirinya.
Di Balai Polis, bapa kepada salah seorang dari wanita yang tercedera ini hadir selepas mendapat tahu akan apa yang berlaku dan telah menumbuk pemandu teksi tersebut sehingga berdarah di hidungnya.
Kejadian yang melibatkan pergaduhan sebegini bukan pertama berlaku.
Baru sahaja tahun lalu kita digemparkan dengak kejadian lebih kurang sama yang berlaku kepada seorang gadis bernama Kiki dengan insiden steering lock keretanya.
Kali ini datang pula sebuah lagi yang kes yang seakan sama.
Apa pun yang berlaku, sebagai rakyat Malaysia yang terkenal dengan kesopanan dan kesusilaan, selesaikanlah dengan cara yang lebih bertamadun.
Sebenarnya, perkara seperti ini tidak berlaku sekiranya kedua-dua pihak bawa berbincang dahulu.
-MYNEWSWHUB.CC
2 ulasan:
Jelas dari video yg dirakamkan itu, kereta Myvi itulah yg telah melanggar teksi tersebut. Sebabnya Myvi itu datang dari belakang. Kemudian diikuti dgn keceluparan mulut gadis-gadis dan ini boleh membuatkan seseorang hilang pertimbangan. Walaupun tidak bersetuju dgn tindakan pemandu teksi memukul gadis dlm kejadian itu, tetapi apa pula kewajaran gadis tersebut yg terlebih dahulu lancang lidahnya? Mungkin itu adalah hasil ajaran oleh bapanya, nampaknya ia boleh dirumuskan begitu. Akhirnya, apa pula tindakan akan diambil terhadap bapa gadis yg secara terang-terangan memukul pemandu teksi itu?
Pemandu teksi sememangnya kurang ajar, tak kira muda atau tua pemandunya......Sebab? Nak kejar trip dan sebab ada persatuan walaupun ciput sahaja kuasanya. Kebanyakkan pemandu teksi memang kaki belit dan kaki pau penumpang sebab kerja mereka hanya main dam aji (cara nak makan orang) ketika tiada penumpang. Tak percaya, tepuk dada tanya pengalaman....
Catat Ulasan