NUFFNANG

Jumaat, April 10, 2015

Video: Cara mudah tidurkan bayi hanya dengan sehelai tisu

SYDNEY – Seorang bapa di sini hanya mengambil masa selama 42 saat untuk menidurkan bayi lelakinya yang berusia tiga bulan dengan menggunakan sehelai tisu muka.

Bapa berkenaan, Nathan Dailo telah memuat naik satu rakaman video di laman web perkongsian video YouTube mengenai cubaannya menidurkan anaknya yang bernama Seth itu.

Rakaman pada mulanya menunjukkan Seth kelihatan begitu segar sebelum Nathan mengusap muka anaknya beberapa kali dengan tisu,

Percubaan awal kelihatan tidak memberi sebarang kesan kepada bayi itu, namun usapan kali kelima menyebabkan Seth mula kelihatan mengantuk.

Bagaimanapun, bayi itu dilihat masih membuka matanya sehinggalah usapan kali ke-14 menyebabkan bayi berkenaan akhirnya tidur dengan nyenyak.

Video yang dimuat naik sejak dua minggu lalu berjaya menarik perhatian pengguna YouTube dan ditonton 26,000 kali.

Haa...kalau lepas ni bayi anda susah sangat nak tidur apa kata cuba cari ni pulak...

LIHAT VIDEO CARA TIDURKAN BAYI DENGAN SEHELAI TISU

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: