NUFFNANG

Ahad, Ogos 16, 2015

Hayabusa ikon superbike dunia ciptaan Suzuki

KIRA-KIRA 15 tahun yang lalu seorang anak muda ini terlihat seekor helang melintas laju di hadapannya. Kejadian yang berlaku di salah satu hutan Jepun itu memberikan inspirasi kepada jurutera muda Suzuki berkenaan dengan terhasilnya sebuah jentera yang ‘menggerunkan’ segmen super sport.


Official Suzuki Hayabusa Video


Helang…adalah spesies burung yang sering dijadikan sebagai metafora kelajuan kerana kepantasannya dalam memburu mangsa sama ada menyelam ke dalam air atau darat serta mencelah antara pokok dalam sekelip mata pada kelajuan 290 hingga 325 kilometer sejam (km/j).

Maka karakter itu diterjemahkan ke sebuah jentera milik Suzuki yang dinamakan sebagai Hayabusa. Yang bermaksud ‘Peregrine falcon’. Bukan itu sahaja, sudah menjadi adat pemasaran, persaingan pasti ada.

Sebenarnya nama Peregrine Falcon khusus dipilih kerana ia adalah musuh kepada spesies Blackbird. Dalam erti kata lain, pembinaan Hayabusa itu sendiri asalnya untuk menjatuhkan Honda CBR1100XX Super Blackbird sebagai model motosikal terpantas dunia.  Ironinya, Hayabusa berjaya melepasi Super Blackbird sekurang-kurangnya 16km/j dan serta merta menarik ramai pengikut setia tersendiri seluruh dunia.


Setelah sekian lama sukses sebagai motosikal super sport yang cukup diperhitungkan di dunia, Koji Yoshiura sebagai orang sebalik tabir kehadiran Suzuki Hayabusa mula bicara.
Koji Yoshiura Jurutera yang mencipta Jentera hebat HAYABUSA
Yoshiura menceritakan bagaimana proses pengembangan enjin generasi pertama Hayabusa pada tahun 1999 agar tercipta sebuah motosikal yang mampu ditingkatkan kelajuannya sehingga 320 km/j.

Misinya saat itu menciptakan rekaan baharu yang benar-benar berbeza dan masih kekal relevan dalam beberapa tahun ke hadapan dan wajah inilah yang akan menjadi ciri khas Suzuki.

Katanya awal perancangan, Hayabusa dibangunkan dengan kapasiti enjin 900 hingga 1100cc dan bukannya 1300cc seperti kini.

“Dengan menggabungkan antara kelajuan, keselamatan, kekuatan, pengendalian yang baik, dan gaya yang unik, ini menjadi motor tercepat yang pernah di produksi,” katanya.
Rekabentuk jentera HAYABUSA ini memang kelihatan agak aneh...
Malah dirinya juga mengaku saat itu yang ada dalam fikirannya adalah menciptakan rekaan yang aneh supaya dapat memberikan kesan kepada peminat jentera dua roda supaya terus diingati.

Misi Suzuki akhirnya tercapai di mana penjenamaan Hayabusa itu sendiri sudah menjadi simbol sebagai motor terpantas di dunia. Tidak mahu luput begitu sahaja, Suzuki melakukan kemas kini pada 2008 dengan pengenalan  enjin berkapasiti 1340 cc empat silinder. Apa lagi di Eropah, Suzuki Hayabusa dimasukkan ke arena drag.

Generasi ke-3 kekal berprestasi

Sudahpun memasuki generasi ketiga, Suzuki GXR-R Hayabusa 2014 baharu tetap kekal dengan kemampuan aerodinamik dan prestasi enjin yang luar biasa.
Enjinnya mampu menghasilkan kuasa maksimum 173hp
Di gerakkan enjin 1340cc sebaris 4-silinder sistem suntikan DOHC. Jentera liar itu mampu menghasilkan kuasa maksimum 173hp dan tork setinggi 104Nm.

Kuasa ini adalah lebih daripada cukup untuk memecut daripada sifar sehingga 100 km/j dalam tempoh hanya 2.5 saat.
Hayabusa menggunakan fork terbalik 43 milimeter (mm) 
Daripada aspek pengendalian, Hayabusa menggunakan fork terbalik 43 milimeter (mm) DLC (Diamond-Like Carbon) untuk mengurangkan getaran dan meningkatkan tinda balas pada permukaan jalan yang tidak rata.
cakera berkembar 310mm 
Bagi menghentikan jentera berkuasa ini, Suzuki memilih cakera berkembar 310mm yang dipadankan bersama brek kaliper Brembo monoblok. Hayabusa juga disokong oleh sistem ABS ringan  berprestasi tinggi untuk menyesuaikan dengan kuasa jentera  berkenaan. Ini merupakan ciri keselamatan utama yang perlu ada pada sebuah super sport berprestasi tinggi.

Nampaknya kehadiran Hayabusa bakal bersaing rapat dengan Kawasaki ZX14R dan BMW K1300R. Dua model pesaing berkenaan perlu bersedia dengan kehadiran Hayabusa 2014 ke pasaran negara bulan hadapan.

Walaupun Suzuki Assemblers Malaysia (SAM), Pengedar rasmi jenama motosikal Suzuki di Malaysia masih mengunci mulut tentang perkara ini, namun khabar kehadiran Hayabusa 2014 mula dihidu oleh peminat jentera dua roda negara dan begitu juga pihak media.

VIDEO : hayabusa launch

Jentera Hayabusa ditemui diuji oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) sekitar pertengahan tahun lalu. Malah SAM juga ada mengeluarkan teaser pada laman web mereka dalam tempoh dua minggu sebelum ia ditarik semula. Ini mungkin kerana kehadiran model tersebut mula mendapat perhatian orang ramai.

Entah mengapa SAM mengambil pendekatan menutup pintu tentang perkara ini. Boleh dikatakan syarikat SAM agak menyepi di dalam pasaran berbanding jenama motosikal seangkatan dengannya.

Seolah wujud vakum dalam pengenalan model baharu Suzuki.

Kali terakhir SAM mula memperkenalkan produk baharu mereka pada 2012 dengan pelancaran Suzuki Nex dan Suzuki Belang Facelift. Tahun lalu tiada model dilancarkan dan Suzuki motosikal terus menyepi.

Nama Suzuki kembali hangat apabila khabar tentang kedatangan model bersesaran besar ke pasaran Malaysia. Nampaknya Suzuki ingin kembali bersaing di dalam pembahagian kek pasaran motosikal berkuasa tinggi di Malaysia.

Jika sebelum ini model superbike yang pernah menyandang gelaran motor terpantas dunia itu didatangkan langsung oleh pemegang AP. Namun kali ini SAM sendiri akan membawa masuk model cc besar berkenaan.

Selain Hayabusa, turut dikhabarkan SAM bakal membawa masuk tiga lagi model baharu. Waktu tepatnya masih belum dipastikan, namun menurut sumber dalaman model tersebut bakal tiba penghujung Februari ini. Sama-sama kita nantikan.

SPESIFIKASI

Enjin:
Kapasiti: 1340cc, 4 silinder DOHC
Gerek x Lejang: 81 mm x 65 mm
Nisbah Kepadatan: 12.5 : 1
Penghidup: Elektronik
Transmisi: 6-kelajuan

Casis:
Suspensi depan: Teleskopik
Suspensi belakang: Link Type
Rim depan: Brembo, disk berkmebar
Rim belakang: Disk
Tayar depan: 120/70ZR17M/C, tanpa tiub
Tayar belakang: 190/50ZR17M/C, tiub
belakang
Pilihan warna: Metalik Thunder Gray/Glass
Sparkle Black & Pearl Mira Red/Pearl Glacier
White

Dimensi :
Panjang: 2190 mm
Lebar: 735 mm
Jarak roda: 1480 mm

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: