Yus memulakan karier seninya sebagai pelakon teater. |
Namun dalam golongan yang kecil itu, nama Yus Jambu antara yang mekar dan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Justeru tidak hairanlah, pemergiannya ditangisi ramai.
Mari kita imbas kembali perjalanan hidup Yus.
1. Yus, atau nama sebenarnya Yussry Edoo, dilahirkan pada 15 Mac 1976 dan berasal dari Kangar, Perlis.
2. Mula menceburi bidang seni pada tahun 2001 selepas menyertai pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan anjuran sebuah stesen televisyen.
3. Bakatnya mula mendapat perhatian apabila menyertai pertandingan Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007, seterusnya dinobatkan sebagai juara.
Video Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 11 - Persembahan Jambu
4. Pada tahun 2011, Yus bersama Tauke membentuk kumpulan Jambu dan menyertai Maharaja Lawak Mega. Mereka berjaya mendapat tempat keempat.
Video Karoot Komedia X - Sorotan Episod 7 Batu Belah Batu Betangkup
5. Gandingan kedua-dua mereka muncul naib johan Maharaja Lawak Mega edisi 2012.
6. Pernah dinobatkan sebagai Pelakon Teater Terbaik Kebangsaan pada tahun 2004.
7. Sudah terbabit dalam lebih 20 buah drama dan 11 buah filem.
8. Antara tagline Yus yang paling mendapat perhatian adalah 'Boleh tuju lagu', 'kicap ada kicap', 'Yaya Toure Manchester City', 'apa pun tak boleh' dan 'kokdiang'.
9. Yus antara artis yang aktif bersama Kelab Sukan Artis Malaysia (MASC).
10. Yus dilaporkan rebah selepas menjayakan Raja Band di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Selayang namun meninggal dunia kira-kira jam 12.15 pagi semalam.
Kenangan Terakhir Bersama Peminatnya...Alfatihah |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan