Pertanyaan di atas mungkin boleh dibahaskan melalui sebuah hadis Nabi SAW ketika mana Baginda melihat seorang lelaki melakukan perbuatan tersebut.
Lalu Baginda menarik jari itu lalu bersabda : “ Janganlah engkau menekan jari-jemari tangan ketika menunaikan solat.’
Hadis ini dicatatkan oleh al-Zaila’ei di dalam kitab Nasbu al-Rayah : 2/87. Turut diriwayatkan oleh Ibnu Majah dengan sanad yang dhaif.
Namun secara umumnya diamalkan oleh para ulama.
Selain itu, Syeikh Abu Bakar al-Jazairi di dalam kitabnya Minhajul Muslim, menyatakan beberapa perkara yang makruh dilakukan ketika solat.
Antara lain ialah :
1) Memalingkan kepala atau menjeling. Rasulullah s.a.w bersabda :
“Ia adalah suatu bentuk kecurian yang dilakukan oleh syaitan terhadap solat seseorang hamba. (Hadis Riwayat al-Bukhari : 1/191, 4/152)
2) Memandang ke arah langit. Baginda bersabda :
“Apakah urusan kaum-kaum yang memandang ke langit ketika solat? Kemudian Baginda menyambung lagi. Sama ada mereka berhenti daripada berbuat demikian atau disambar pandangan-pandangan mereka.” (Hadis Riwayat al-Bukhari : 1/191)
3) Mencekak pinggang. Abu Hurairah r.a berkata :
“Nabi s.a.w melarang seseorang bersolat mencekak pinggang.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi : 383 dan al-Nasa’ie : 2/127)
4) Mengurai-uraikan rambut, menyingsing lengan baju atau pakaian.
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Aku diperintahkan untuk bersujud dengan tujuh anggota badan dan aku tidak menyingsing pakaian dan mengurai-urai rambut (yang terurai).” (Hadis Riwayat Muslim : 128, 231, Kitab Solat.
5) Menyapu batu kerikil atau pasir pada tempat sujud lebih daripada sekali.
Rasulullah s.a.w bersabda : “Apabila salah seorang daripada kamu mengerjakan solat, maka janganlah dia menyapu kerikil (pasir).
Hal ini kerana rahmat diarahkan kepadanya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah : 1027 dan al-Darimi : 1/322) Namun Rasulullah s.a.w bersabda : “Jika kamu melakukan juga maka cukuplah sekali sahaja.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
6) Bermain-main dalam solat dan melakukan perbuatan yang melalaikan dan menghilangkan khusyuk seperti memegang atau menggentel janggut, pakaian atau melihat corak hiasan tikar, dinding atau sebagainya. Rasulullah s.a.w bersabda : “Tetaplah (bertenang) kamu dalam mengerjakan solat.” (Hadis Riwayat Muslim : 119, Kitab Solat)
7) Membaca al-Quran dalam rukuk atau sujud. Baginda s.a.w bersabda : “Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk atau sujud.” (Dalam musnad Syafi’e : 41)
8) Solat ketika makanan telah dihidangkan. Rasulullah s.a.w bersabda : “Tidak boleh melakukan solat ketika makanan telah dihidangkan dan dalam keadaan menahan dua kotoran (buang air besar dan kecil).” (Hadis Riwayat Muslim : 67, Kitab Solat)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan