NUFFNANG

Jumaat, Disember 18, 2015

Terpaksa beli udara untuk bernafas akibat pencemaran

Ini bukan berita dongeng atau rekaan tetapi ianya benar-benar telah berlaku, akhirnya udara terpaksa dibeli untuk bernafas.


Allah menciptakan udara secara percuma tanpa perlu membayar walaup se-sen pun agar manusia dapat menghirup udara segar. Pemcemaran udara bumi semakin tenat gara-gara perbuatan manusia sendiri.



Sejak pencemaran udara di Beijing mencecah tahap amaran merah pada minggu lalu, jualan botol yang mengandungi udara segar dari kawasan pergunungan di Kanada semakin popular di China.
Udara segar dijual dalam botol dengan jenama   Vitality Air
Dua usahawan dari Alberta, Kanada menjual botol udara segar yang dikenali sebagai Vitality Air lebih setahun lalu, tetapi dalam dua minggu terakhir ini jualan mereka di China meningkat mendadak.
Pencemaran udara di Beijing sangat teruk...
Amaran merah diisytiharkan pihak berkuasa Beijing pada 7 Disember lalu dan bertahan selama tiga hari apabila pencemaran udara mencecah tahap bahaya.



Pencemaran udara di Beijing berpunca daripada pelepasan asap kilang dan kenderaan.

Vitality Air diasaskan dua rakan baik Moses Lam dan Troy Paquette pada 2014.

Di kawasan pergunungan di Alberta, Kanada  inilah udara segar diambil
Syarikat itu mengambil udara segar dari kawasan pergunungan di Alberta sebelum dibotolkan dan dieksport ke luar negara.

Wakil Vitality Air di China, Harrison Wang berkata, mereka baru memasarkan produk berkenaan di China lebih sebulan yang lalu, tetapi sambutan diterima sangat luar biasa.

“Kami memasarkan produk ini di Internet dan ia habis dalam tempoh beberapa hari sahaja,” katanya.
Tidak terfikir akhirnya manusia terpaksa beli udara untuk disedut...
Menurutnya, Vitality Air dijual pada harga mencecah 400 yuan (RM266) sebotol bergantung pada saiz botol. - Agensi

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: