NUFFNANG

Jumaat, Januari 01, 2016

Alat Penterjemah Tangisan Dan Bahasa Bayi Dicipta

Sekumpulan saintis di sebuah universiti di Taiwan mendakwa berjaya mencipta sebuah aplikasi menterjemah bahasa bayi yang boleh dimuat naik ke dalam telefon pintar dan tablet, terutama untuk kegunaan ibu bapa menimang cahaya mata buat pertama kali.

Portal berita Mail Online melaporkan, memandangkan majoriti orang ramai tidak memahami bahasa bayi, sebuah pasukan penyelidik dari Universiti Hospital Nasional Yunlin Taiwan mencipta sebuah aplikasi yang boleh mentafsir tangisan bayi dan memaklumkan apa yang dia mahukan.

“Alat Penterjemah Tangisan Bayi itu mampu membezakan empat jenis bunyi tangisan bayi termasuk lapar, lampin basah, mengantuk dan sakit.

“Setakat ini daripada hasil kajian kami, aplikasi ini mampu mencecah ketepatan 92 peratus menterjemah bayi dibawah umur dua minggu. Bagi bayi dibawah usia satu atau dua bulan, ketepatan aplikasi itu mampu mencecah 84 peratus atau 85 peratus.

“Walaupun bayi berusia empat bulan kemampuan ketepatan aplikasi itu mampu mencecah 77 peratus.” kata seorang Ketua Penyelidik, Chang Chuan-yu.

Setakat ini, kumpulan penyelidik mengumpul kompilasi 200,000 bunyi tangisan yang berbeza daripada 100 bayi yang baru lahir dan memuat naik rakaman itu untuk mencipta satu pangkalan data dalam talian yang besar.

Aplikasi itu mengambil masa selama 15 saat untuk mendengar dan memproses setiap tangisan bayi. Aplikasi itu juga akan sentiasa mengemaskini pangkalan data ke dalam Cloud Drive dan mesin pembelajaran algoritma yang direka membolehkan ibu bapa menetapkan tetapan peribadi untuk bayi mereka berdasarkan keperluan masing-masing.

Bagaimanapun, beberapa ujian yang dilakukan menunjukkan aplikasi itu menjadi tidak tepat ekoran pembesaran bayi, namun para penyelidik percaya aplikasi itu tidak lagi berkesan selepas bayi mencecah umur enam bulan kerana telah menjadi lebih selesa dalam persekitaran mereka.

“Selepas memuat turun aplikasi itu, kita hanya perlu menetapkan tarikh lahir dan kewarganegaraan untuk bayi yang baru lahir.

“Apabila bayi menangis, kita hanya perlu menekan butang rakaman selama 10 saat dan bunyi yang diterima akan dimuat naik ke Cloud Drive. Selepas diproses keputusan akan dihantar ke telefon pintar ibu semula,” kata Chang lagi.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: