NUFFNANG

Isnin, Januari 04, 2016

Apa Itu Bauksit Dan Kegunaanya?

Apa Itu Bauksit Dan Kegunaannya?

Apa itu bauksit dan apakah kegunaannya ? Dan bagaimana bauksit terbentuk dan kesannya kepada penduduk?

Mungkin ramai yang ingin mengetahui apa itu Bauksit dan kegunaannya lantaran isu aktiviti perlombongan bauksit yang penuh kontroversi di Pahang kini menjadi bualan hangat masyarakat Malaysia terutama di Kuantan. 

Namun kemusnahan alam semulajadi telah menyebabkan perlombongan ini perlu dikaji semula.

Apa Itu Bauksit?

Berikut disertakan apa itu bauksit dan kegunaannya secara ringkas. 

Menurut definasi dari Cambridge Advanced Learner’s Dictionary & Thesaurus © Cambridge University Press, bauksit adalah seperti berikut:
 " a ​type of ​rock from which ​aluminium is ​obtained"

Menurut EFKA UTM, industri bauksit dan alumina ini menghasilkan sisa yang dikenali sebagai ‘lumpur merah (red mud)’ yang komposisinya terdiri daripada 70% air dan 30% lagi ialah bahan organic yang kaya dengan caustik soda. 
Bauksit bahan penting membuat aluminium di dunia

Menurut Wikipedia pula, Bauksit adalah :-
 " Bauksit ialah bijih utama bagi membuat aluminium di dunia ".

Ia mengandungi sebatian oksida aluminium dan hidroksida boehmit γ-AlO(OH) dan gibsit Al(OH)3 bersama dengan silika selain oksida besi dan mineral lempung. 

Bauksit merupakan sisa-sisa mendapan lempung yang lazim terdapat di kawasan tropika dan subtropika. 

Namanya bersempena dengan sebuah kampung di selatan Perancis yang dikenali sebagai Les Baux, tempat bijih ini mula-mula ditemui pada 1821 oleh seorang ahli geologi bernama Pierre Berthier.

Menurut Wisegeek, bauksit adalah :- 
 " sejenis batu galas mineral yang dinamakan sempena satu kawasan di Perancis di mana ia mula-mula dikenal pasti "

Salah satu komponen utama bauksit adalah oksida aluminium, yang boleh diproses untuk membuat produk-produk aluminium. 

Bauksit dilombong di beberapa kawasan di dunia oleh beberapa syarikat-syarikat yang berminat dalam pengeluaran produk aluminium. 

Syarikat-syarikat ini boleh menjual bijih aluminium mentah atau memprosesnya untuk menghasilkan aluminium mereka sendiri, bergantung kepada saiz syarikat dan model perniagaannya.
Inilah rupa bentuk bauksit yang mengandungi ibu aluminium
Bijih ini biasanya berwarna merah keperangan dalam bentuk semula jadi. Ia terbentuk melalui proses luluhawa, larut lesap serta pemendapan dan sering mengandungi bendasing seperti titania, silika, oksida besi dan aluminosilikat sebagai tambahan kepada oksida aluminium.  

Kegunaan Bauksit

Apabila bauksit diproses, ia menghasilkan alumina, yang boleh digunakan sendiri atau digunakan untuk menghasilkan aluminium. 





Aluminium adalah logam yang digunakan secara meluas yang dapat dilihat dalam aplikasi daripada pembuatan pesawat untuk peralatan rumah, menjadikan sumber selamat logam ini sangat penting. 

Kesan Perlombongan Bauksit







Perlombongan bauksit telah menyebabkan Bandar Kuantan kelihatan kemerah-merahan malah laut dan sungai juga menjadi merah. 



Debu-debu merah memenuhi kawasan sekitar bila panas, Keadaan akan bertambah buruk jika hujan yang menyebabkan lumpur mengotori rumah, jalan dan kenderaan.
Lombong bauksit di Pahang
Semoga penerangan di atas 'Apa Itu Bauksit', Dan Kegunaannya dapat membantu anda memahami lebih lagi tentang bauksit yang sedang hangat diperkatakan sekarang terutama di Kuantan.

VIDEO : DI Persimpangan Jalan - Malaysia

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: