Paya biru di Felda Lok Heng Selatan dekat sini, terus menjadi lokasi tumpuan masyarakat di kawasan berkenaan terutama pada musim cuti.
Keindahan paya biru di kawasan kebun Blok 17 Felda itu bukan sahaja berjaya menarik golongan muda ke situ, malah dalam masa sama turut menggamit nostalgia lama warga peneroka dan generasi kedua Felda.
Paya ini sudah tidak asing lagi dalam kalangan penduduk di sini kira-kira 30 tahun lalu sejak Felda ini dibuka. Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini ia mula jadi tumpuan.
Paya adalah kawasan yang sangat sinonim dengan penduduk Felda, malah apabila sebut sahaja paya pasti mereka yang tinggal di kawasan Felda mempunyai memori masing-masing.
Menurut sumber tempat ini bakal dimajukan sebagai tempat berkelah dan pelancongan.
Antara perancangannya termasuklah memasang papan tanda arah ke paya tersebut, menanam pokok bakau di tebing paya bagi mengelakkan daripada hakisan tanah berlaku dan menanam bunga sepanjang laluan ke paya tersebut.
Kawasan tersebut berpotensi menjadi lokasi tarikan pelancong lebih-lebih lagi dengan kemudahan seperti inap desa yang tersedia di kawasan itu selain turut berhampiran dengan tempat bersejarah lain dalam daerah ini.
Peneroka disitu mengalu-alukan sekiranya paya tersebut terus dipelihara, malah rasa bangga apabila ia terus menjadi pilihan generasi muda kini untuk bermandi-manda.
Di paya ini juga suatu masa dulu peneroka felda datang untuk memancing ikan. Banyak kenangan tersimpan terutamanya buat anak-anak Felda.
Dahulu mana mampu nak pergi ke taman tema untuk mandi-manda, hanya paya ini sahajalah jadi tempat mereka berseronok.
Paya adalah kawasan yang sangat sinonim dengan penduduk Felda, malah apabila sebut sahaja paya pasti mereka yang tinggal di kawasan Felda mempunyai memori masing-masing. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan