NUFFNANG

Isnin, Februari 22, 2016

VIDEO DAN GAMBAR PENEMUAN MENAKJUBKAN SUNGAI 'MENDIDIH' DI HUTAN BELANTARA AMAZON

“Tangan saya akan melecur jika saya mencelup tangan di dalam sungai itu tidak sampai setengah saat dan jika terjatuh ke dalamnya, saya akan mati.
Seorang ahli geosaintis mendedahkan bahawa cerita dongeng atau mitos mengenai sebatang sungai yang airnya mendidih di tengah-tengah hutan Amazon di Peru merupakan satu fenomena yang benar.



Andres Ruzo berkata, beliau mula mendengar mengenai cerita sungai yang terletak di Mayantuyacu itu daripada datuknya apabila diceritakan mengenai bagaimana kumpulan penjajah Sepanyol membunuh maharaja terakhir kaum Inca.

Bagaimanapun, katanya, kebanyakan ahli akademik menafikan kewujudan sungai misteri sepanjang lebih enam kilometer itu memandangkan kawasan tersebut jauh dari sebarang aktiviti gunung berapi.
Air sungai ini sentiasa mendidih dan panas semenjak kewujudannya di dalam hutan Amazon...
Selepas mendengar cerita ibu saudaranya yang mendakwa pernah ke sana, Ruzo yang ketika itu sedang mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah dalam bidang geofizik nekad untuk menjejaki sungai terbabit.

“Saya bertanya berhubung kewujudan sungai itu kepada rakan-rakan di universiti dan penduduk setempat jawapan mereka adalah sama iaitu tidak mungkin wujud sungai yang mendidih di tengah hutan Amazon kerana tiada sebarang kewujudan gunung berapi disitu".

“Secara logiknya, memang betul kerana sungai seperti itu hanya wujud di kawasan berhampiran gunung berapi. Jika tidak, kita memerlukan satu sumber tenaga yang kuat untuk menghasilkan tenaga geoterma yang besar,” katanya.


Ruzo akhirnya berjaya menemukan sungai yang mempunyai kelebaran 25 meter dan enam meter dalam itu yang menjadi tempat suci masyarakat pribumi yang mendiami kawasan Mayantuyacu, Ashaninka selepas dibawa oleh ibu saudaranya.
Haiwan  pun mati jika terjatuh kedalam sungai mendidih ini...
“Tangan saya akan melecur jika saya mencelup tangan di dalam sungai itu tidak sampai setengah saat dan jika terjatuh ke dalamnya, saya akan mati.

“Air sungai itu kelihatan mendidih kerana ia merupakan sebahagian daripada aliran air panas di bumi,” katanya.

Beliau menceritakan pengalamannya menjejaki kewujudan sungai berkenaan dalam buku bertajuk ‘The Boiling River: Adventure and Discovery in the Amazon’.

VIDEO  PENEMUAN MENAKJUBKAN SUNGAI 'MENDIDIH' DI HUTAN BELANTARA AMAZON

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: