NUFFNANG

Ahad, Julai 15, 2018

KHASIAT DURIAN BAKAR YANG TIDAK DIKETAHUI RAMAI.



Bagi anda yang yang hantu buah durian, pasti akan tertanya-tanya dengan sajian yang satu ini iaitu " Durian Bakar".


Bukan durian yang diambil dari kebun "wak Bakar" ye jangan salah faham. Tapi durian yang betul-betul dibakar diatas bara api. Proses membakar lebih kurang 5 minit.


Semua jenis durian boleh dibakar. Durian bakar asal usulnya dimulakan oleh kaum Dayak yang tinggal dihutan belantara Kalimantan. Sebenarnya banyak khasiat durian bakar ini.

Diantara khasiat " Durian Bakar " 


1) Bagus untuk pencernaan, sehingga buah ini mampu mengatasi sembelit yang dirasakan seseorang. Kandungan serat yang tinggi dalam isi buah durian menjadi alasan buah ini penting dimakan oleh yang menderita masalah pencernaan.

2) Mengatasi penyakit anemia. Kandungan asam folat dan vitamin B9 dalam buah durian menjadikan buah berbau wangi ini bagus untuk menjadi produser sel darah merah, sehingga kekurangan darah boleh di atasi.

3) Bagus untuk kesehatan kulit. Kandungan vitamin C dalam buah durian menjadikan buah berkulit duri ini bagus dalam mencegah terjadinya penuaan dan kerutan pada kulit. Vitamin dalam durian berperanan sebagai anti oksidan yang bagus menjaga kerosakan sel kulit.

4) Bermanfaat untuk tulang dan persendian. Kandungan potasium dan kalsium dalam durian sangat bermanfaat untuk menjaga kesehatan tulang, termasuk kesehatan persendian seperti lutut, ruas jari dll.

5) Manfaat durian bakar untuk mengatur kestabilan darah. Buah durian bakar mampu menstabilkan darah, ini disebabkan dalam buah ini mengandung mangan. Sungguh pun demikian tidak bagus kalau dimakan dalam jumlah yang banyak.

6) Kandungan tembaga dalam buah durian bakar bagus dalam menjaga kesehatan tiroid.

7) Kerana banyak kandungan vitamin B1, maka buah durian bakar bermanfaat juga untuk menambah nafsu makan

8) Kandungan senyawa iboflavin atau Vitamin B2 dalam durian bakar membuat buah lazat ini bermanfaat untuk mencegah terjadinya migrain.

9) Buah durian bakar juga bermanfaat untuk meredakan stress dan mengatasi depresi, ini kerana dalam buah durian bakar mengandung vitamin B6 atau piridoksin

10) Porfor dalam durian bakar sangat bermanfaat untuk menjaga kesehatan gigi dan mulut

Proses membakar durian ibaratnya seperti membakar ubi. Durian yang dibakar dalam jarak sekitar 30 centimeter dari bara api lebih kurang selama 5 minit.


Rasanya? Memang sedap! Yang membezakan dengan durian biasa adalah aroma durian yang menyengat sudah tiada lagi. Bagi Anda yang suka durian tanpa dibakar, memakan durian bakar ini seperti ada sesuatu yang hilang. Pasti Anda kecewa jika aroma yang merangsang Anda untuk memakan durian sudah tiada lagi. Apa lagi jom la cuba!

PERINGATAN BAGI HANTU DURIAN!!!

Bahaya durian yang paling parah adalah ketika dimakan dan setelah itu anda minum alkohol atau air bergas , kerana kandungan sulfur dalam durian akan menghambat metabolisme alkohol dan air bergas dan ini boleh menyebabkan kematian. So, be careful terhadap buah ini, disamping lazat dan manis ada juga sejumlah racun didalamnya.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: