NUFFNANG

Sabtu, Ogos 18, 2018

Benarkah Perang Akhir Zaman Akan Mengunakan Batu dan Kayu?

Hancurnya bangsa Yahudi merupakan salah satu daripada tanda-tanda datangnya hari kiamat. Bermula dengan sebuah peperangan besar yang melibatkan banyak bangsa di dunia termasuk bangsa Yahudi.

Sebelum berlaku peperangan ini, terdapat beberapa peristiwa lain yang membawa kepada terjadinya peperangan ini menurut kronologi hadis akhir zaman hasil kajian ilmuan Islam.



Lembah Megiddo Palestin
Pertempuran dahsyat ini dikenali sebagai Armageddon, di mana lokasi utama perang ini adalah di lembah Megiddo atau Mageddon, Palestin. Mungkin ada yang menganggap Perang Armageddon hanyalah sebuah filem rekaan Hollywood belaka.


Filem Armageddon bukan sekadar rekaan...

Kenyataannya, Hollywood yang disokong oleh Yahudi memang mahu menyembunyikan fakta tentang Armageddon ini melalui propaganda filem. Padahal di kalangan para ahli kitab mereka telah mengkaji tentang peperangan ini dan senantiasa bersiap sedia untuk menghadapinya.

Disebutkan dalam Kitab Zakaria (89/13), bahawa sebahagian besar bangsa Yahudi akan mati dalam perang Armageddon dan dua pertiga daripada mereka akan musnah. Sedangkan dalam kitab Zagiyal (12/39) disebutkan: "Akan berlangsung tujuh bulan sehingga rumah Israel berjaya menguburkan mereka (orang-orang mereka yang terbunuh) sebelum membersihkan bumi".

Sebutan Armageddon sebenarnya tidak terdapat dalam mana-mana Hadis. Hanya disebut dalam kajian-kajian Kristian dan Ahli Kitab. Menurut bahasa Ibrani, Ar bermaksud gunung atau bukit. 



Lembah Mageddo Palestin
Mageddo pula adalah nama sebuah lembah di Palestin. Sebuah tempat yang cukup strategik dari segi peperangan. Perang ini juga dikatakan sebagai perang terakhir dengan menggunakan seluruh kekuatan pelbagai peralatan senjata moden yang canggih. Mungkin perang itu adalah Perang Dunia ketiga yang disebut-sebut sebagai Perang Nuklear.


Perang ini juga dikatakan sebagai perang terakhir 
Banyak yang mengatakan bahawa dalam Perang Dunia Ketiga, bom nuklear akan digunakan. Ada diceritakan juga dalam kitab Bahrul Mazi. Perang Dunia Ketiga yang diramal akan berlaku dalam tempoh yang singkat. Tetapi, kemusnahannya amat dahsyat. 


Sehingga dikatakan dunia selepas itu akan kembali menjadi seperti Zaman Pertengahan di mana bala tentera hanya akan menunggang kuda dan bersenjatakan pedang seperti perang zaman dahulu.


Beliau meramalkan perang dunia terakhir akan menggunakan panah dan anak panah sahaja...
Louis Lord Mountbatten seorang pegawai tertinggi tentera laut England (1900 - 1979) pernah berkata...
"Jika Perang Dunia Ketiga adalah berjuang dengan senjata nuklear, yang keempat akan berjuang dengan busur dan anak panah." - Louis Lord Mountbatten-

Apakah kenyataan Albert Einstein hanya kebetulan?
Albert Einstein seorang saintis teragung abad 20 (1879 - 1955) pernah berkata...
"Saya tidak tahu dengan apa senjata Perang Dunia Ketiga akan digunakan, tetapi Perang Dunia Keempat akan bertempur dengan kayu dan batu." - Albert Einstein.




Apakah kenyataan Einstein dan Mountbatten hanya kebetulan? Kononnya ini disebabkan semua teknologi tidak boleh digunakan lagi pada masa itu kerana EMP (electromagnetic pulse) senjata nuklear itu sendiri berlaku ketika Perang Dunia Ketiga. Jadi, kekuatan bala tentera ketika Perang Dunia Keempat nanti adalah seimbang dan tidak berat sebelah kerana semuanya menggunakan peralatan perang yang sama.

Malah, ada sebahagian hadis yang menekankan akhir zaman nanti akan berlakunya perang menggunakan pedang dan Dajjal akan disembelih dengan pedang. 



Kaum Yahudi hanya selamat jika bersembunyi di belakang pokok Gharqad...

Pokok Gharqad sedang giat ditanam di Israel sekarang ini.
Hadis Nabi juga ada menyebut, Yahudi Zionis akan bersembunyi di balik-balik batu dan kayu dan hanya selamat di belakang pokok Yahudi iaitu pokok Gharqad, yang banyak ditanam di Israel sekarang ini.

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah seluruh umat Islam berperang dengan seluruh Yahudi. Umat ​​Islam akan membunuh mereka sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar datanglah kamu ke sini dan bunuhlah orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi ". (Hadith Sahih riwayat Al-Bukhari dan
Muslim)

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: