NUFFNANG

Ahad, Ogos 26, 2018

Penulis novel seram " Bercakap Dengan Jin", Tamar Jalis meninggal dunia

Penulis novel seram " Bercakap Dengan Jin",
Tamar Jalis meninggal dunia





Penulis genre misteri terkemuka, Tamar Jalis, menghembuskan nafas terakhir hari ini pada usia 78 tahun.

Menurut laporan, penulis yang terkenal dengan siri Bercakap Dengan Jin itu meninggal dunia di Kota Damansara pada pukul 9.30 pagi hari ini.

Tamar Jalis atau nama sebenarnya Mohd Radzi Mahmud lahir pada 13 September 1940 di Beruas, Perak, dan aktif menulis selama tiga dekad.




Beliau mula menempa nama pada 1981 apabila Bercakap Dengan Jin membuat kemunculan di majalah Variasi dan berterusan sehingga 284 siri yang berakhir pada Januari 2005.

Selain diterbitkan secara bersiri di majalah itu, ia juga dibukukan kepada lebih sepuluh jilid lantaran popularnya watak Long Mat Piah yang berusia 50 tahun dan cucunya yang berusia belasan tahun, yang membawa pembaca larut dalam cerita-cerita alam ghaibnya.

Malah siri itu juga diadaptasi menjadi drama bersiri dan disiarkan di saluran Astro Mustika dengan tajuk yang sama pada 2014.

Selain sebagai penulis, Tamar Jalis juga pernah menjadi editor akhbar Harian Watan (1977-1979) dan editor majalah Widya, Aktual dan Rintis (1980), kata laporan itu lagi.



Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: