Bukan mahu berjenaka di kala seluruh dunia berhadapan dengan penularan wabak coronavirus baharu, COVID-19, sebaliknya masyarakat global prihatin dan melahirkanya dengan cara tersendiri.
Justeru, ada pengusaha makanan yang kreatif dengan mengambil menyediakan menu yang berinspirasi COVID-19.
Ketika dunia berdepan saat getir akibat virus maut itu, pelbagai usaha diambil masyarakat antarabangsa terutama pengusaha makanan itu mengambil kesempatan menghasilkan resipi makanan bertemakan coronavirus.Di Hanoi, Vietnam - burger bertemakan coronavirus. Bagi Cef, Hong Tung berasal dari Hanoi, menghasilkan burger bertemakan coronavirus.
Beliau menghasilkan burger yang menggunakan roti disaluti teh hijau dihiasi dengan mahkota kecil iras gambar rajah coronavirus yang dilihat menerusi mikroskop.
Tung menjelaskan, penghasilan makanan segera itu adalah bagi menghilangkan rasa takut orang ramai terhadap penyakit berjangkit berkenaan.
“Ada bidalan yang mengatakan, jika kita takut kepada sesuatu, kita harus memakannya," katanya.
Menurut media, kedai makanan segera itu berhasil menjual kira-kira 50 burger terbabit setiap hari, sekali gus dilihat membantu peniaga berkenaan terutama dalam keadaan perintah berkurung yang disebabkan pandemik berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan