MELBOURNE - Satu fosil ikan purba ditemui di Australia dipercayai memberi contoh paling lama menunjukkan proses kelahiran anak ikan, menurut laporan dalam keluaran terbaru jurnal ternama,Nature.
Menurut ketua penyelidik, John Long dari Muzium Victoria di sini, spesimen berusia 380 juta tahun itu ditemui dalam keadaan berawet bersama tiga embrio yang masih melekat dengan tali pusat daripada ikan betina induk.
Penemuan ini memberi petunjuk baru mengenai proses pembiakan yang diguna pakai oleh hidupan air kuno yang hidup kira-kira 200 juta tahun lalu sekali gus memberi perspektif baru terhadap kehidupan ikan.
Ia bukan saja bertelur malah bersalin pada satu ketika dahulu. Penemuan paling awal mengenai reproduktif reptilia hanya muncul pada era Mesozoic iaitu tempoh 248 hingga 65 juta tahun lalu. - Agensi
1 ulasan:
serius????bace sekali mmg tak percaya
Catat Ulasan