STRATHALBYN, Australia -Seorang arkitek, Max Pritchard mereka sebuah rumah yang jika dilihat seperti sebuah jambatan.
Pemilik rumah itu yang enggan namanya didedahkan pada mulanya berasa terkejut dengan cadangan arkitek tersebut untuk membina rumah berkenaan dekat sini.
"Pemandangan yang anda akan lihat menerusi tingkap ke arah anak sungai yang berada di bawahnya sungguh menakjubkan," kata pemilik rumah itu.
"Ia merupakan satu lokasi yang indah dengan anak sungai mengalir di bawah rumah itu," tambahnya.
Rumah itu dibina seperti sebuah jambatan dengan berdiri di atas penyangga yang dibina dari empat tiang asas di tepi tebing anak sungai tersebut. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan