Nuffnang Ads

Khamis, Mac 24, 2011

Lima fakta yang anda kena tahu

PERTINGKATKAN kualiti kesihatan anda dengan lima fakta kesihatan paparan Kosmo! pada minggu ini untuk kebahagiaan anda sekeluarga.


Kebaikan kerja sampingan
SATU kajian mendedahkan golongan pesara yang bekerja secara sampingan sebelum meninggalkan dunia pekerjaan lebih rendah risikonya untuk mendapat penyakit-penyakit serius.
Lebih 12,000 orang yang berusia antara 51 hingga 61 tahun telah ditemu bual selang setiap dua tahun antara tahun 1992 dan 1998. Dalam kajian tersebut, para peserta itu juga diminta menjawab satu penilaian kesihatan mental asas.


Hasil kajian mendapati, kesihatan fizikal dan keupayaan harian diri adalah lebih baik dalam kalangan mereka yang mempunyai pekerjaan sampingan sebelum bersara. Sebabnya, penggunaan pemikiran kritikal secara berterusan dalam aktiviti harian mampu meningkatkan daya ketajaman minda.
Meneruskan pekerjaan biarpun pada usia emas pula akan membantu golongan itu mengekalkan interaksi dengan masyarakat.
Sebaliknya, bersara sepenuh masa akan mengakibatkan kurangnya penglibatan mereka dalam aktiviti masyarakat sekali gus menyukarkan tekanan ditangani. B>- Journal of Occupational Health Psychology
Kesan BPA ke atas kesihatan

PENGAMBILAN air dari botol plastik yang diperbuat daripada sejenis bahan kimia bertoksik, bisphenol A (BPA) akan meningkatkan kadar bahan racun di dalam air kencing sebanyak 70 peratus.
Para penyelidik dari Universiti Harvard dan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit di Amerika Syarikat (AS) mendapati BPA mampu mengganggu sistem hormon sehingga menjurus kepada kecacatan sistem pembiakan manusia. Selain itu, ia juga dipercayai akan menyebabkan kerosakan otak, penyakit kardiovaskular, kanser, obesiti dan diabetes.
BPA ialah sejenis bahan kimia yang digunakan dalam industri pembuatan botol-botol plastik dan produk pengguna yang lain.


“Pendedahan ini seharusnya menyedarkan pihak kementerian kesihatan bahawa bayi juga terdedah kepada BPA dan impaknya ke atas perkembangan bayi. Bayi terlalu muda untuk memahami kerosakan yang akan dihadapi akibat terdedah kepada bahan kimia ini,” kata Renee Sharp dari satu kumpulan aktivis alam sekitar, Environmental Working Group. Seramai 77 orang sukarelawan telah mengambil bahagian dalam kajian tersebut.
Sementara itu, Environmental Working Group telah mengeluarkan satu garis panduan tentang formula dan botol-botol bayi yang bebas BPA serta boleh ditemui di dalam laman web www.ewg.org/babysafe.
Di Minnesota, AS pula, penggunaan BPA dalam bekas-bekas makanan untuk kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah telah diharamkan. Negeri-negeri lain seperti California dan Connecticut juga mempertimbangkan pengharaman bahan tersebut. – Journal of Environmental Health Perspectives
Virus dalang kanser zakar
SEJENIS virus yang berjangkit menerusi penyakit kelamin, virus human papilloma (HPV) kini dipersalahkan sebagai punca kepada kebanyakan kes kanser zakar. HPV biasanya menjadi dalang di sebalik kanser serviks.
Satu kajian oleh para penyelidik dari Institut Onkologi Catalan di Barcelona, Sepanyol mendapati vaksin HPV berkemungkinan juga berkesan untuk mencegah kanser zakar.


Kedua-dua vaksin HPV Gardasil oleh Merk & Co dan Cervarix oleh GlaxoSmithKline telah digunakan oleh wanita untuk mencegah jangkitan HPV.
Kanser zakar yang bukan merupakan penyakit lazim menyumbang kepada kurang satu peratus daripada keseluruhan kes kanser dalam kalangan lelaki dewasa di negara-negara di Eropah dan Amerika Utara. Biarpun begitu, kadar kelaziman kes itu boleh mencecah sehingga 10 peratus di sesetengah negara Afrika dan Asia. Dalam konteks global, lebih 26,000 kes baru kanser zakar dilaporkan setiap tahun.
Satu kajian klinikal yang dijalankan dan diketuai oleh Dr. Silvia de Sanjose antara tahun 1986 hingga 2008 mendapati 46.9 peratus kes tumor yang berlaku, berkait rapat dengan HPV. Kanser serviks lazimnya disebabkan oleh dua jenis HPV iaitu jenis 16 dan 18.
Sementara itu, penggunaan Gardasil dalam mencegah luka akibat jangkitan virus itu pada pesakit lelaki dalam ujian klinikal percubaan pada November lalu dilaporkan cukup berkesan. – Journal of Clinical Pathology
Antibiotik punca masalah
SETIAP tahun, lebih separuh juta kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) menerima kesan sampingan akibat penggunaan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor. Kira-kira lima peratus daripada kanak-kanak itu telah dimasukkan ke wad.
Pengambilan antibiotik dikenal pasti sebagai punca utama kebanyakan masalah. Antibiotik akan menyebabkan masalah serta-merta seperti ruam, sakit perut dan cirit-birit. Lebih menakutkan, masalah itu tidak bersifat sementara, malah, akan menjurus kepada pelbagai masalah lain pada kemudian hari.


Antibiotik yang memasuki tubuh kita akan membunuh bakteria-bakteria baik dalam usus, sedangkan ia sepatutnya melindungi kita daripada kebanyakan masalah kesihatan. Penghapusan bakteria-bakteria yang sihat itu akan mengakibatkan pertumbuhan sejenis kulat, candida secara berlebihan.
Pertumbuhan candida secara berlebihan boleh menjadi punca kepada pelbagai masalah. Antaranya termasuk sakit kepala, jerawat, ekzema, kanser, alahan, ketidakseimbangan hormon dan sembelit. Candida boleh membiak di kawasan berbeza dalam badan pesakit yang berlainan.
Diet yang kaya dengan gula dan karbohidrat pula akan menyebabkan pembiakan candida bertambah besar. Pendek kata, pengambilan antibiotik memusnahkan sistem imunisasi asas badan dan menyumbang kepada masalah lain. – Natural News
Risiko kanser mulut
PRODUK bantuan menghentikan tabiat merokok seperti gula-gula getah nikotin, lozeng dan alat penyedut (inhaler) mungkin boleh menyebabkan pembentukan kanser mulut.
Kajian yang dijalankan oleh Majlis Penyelidikan Perubatan Britain itu menekankan penggunaan produk bantuan itu tidak harus diteruskan untuk jangka masa panjang.


“Biarpun penting untuk menggalakkan orang berhenti merokok, tetapi kajian kami mendapati kandungan nikotin di dalam gula-gula getah atau lozeng berkemungkinan meningkatkan risiko mendapat kanser mulut.
“Merokok sememangnya lebih berbahaya berbanding gula-gula getah nikotin. Tetapi, mereka yang menggunakan gula-gula ini tidak harus mengambil dos berlebihan dan perlu berbincang dengan doktor terlebih dahulu,” kata Muy-Teck The, ketua penyelidik dari Universiti London, Britain.
Kajian tersebut turut mengkaji aktiviti sejenis gen, FOXM1 yang biasanya terbentuk akibat faktor mutasi dalam kebanyakan tumor termasuk tumor mulut. Kadar perkembangan aktiviti FOXM1 itu boleh bertambah buruk jika terdedah

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: