Nuffnang Ads

Sabtu, April 02, 2011

Gempar jumpa ikan pelik



BEBERAPA penduduk melihat seekor ikan aneh yang ditemui 
di Pantai Jambula, 
Indonesia kelmarin.


TERNATE - Penduduk Kelurahan Jambula di Ternate, Maluku Utara gempar dengan penemuan seekor ikan aneh yang terdampar
di pantai di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Ikan itu ditemui oleh empat nelayan kelmarin yang sedang memancing apabila ikan tersebut tiba-tiba berenang ke tepi Pantai Jambula sebelum terdampar di darat.
Keempat-empat nelayan itu terkejut melihat ikan seberat 100 kilogram itu yang berbadan hampir bulat dan mempunyai mulut kecil tetapi mempunyai sirip serta ekor yang besar.
Ikan itu mempunyai sirip tebal tetapi lembik seperti berdaging berbeza dengan ikan biasa yang mempunyai sirip yang keras.
Ekor dan sirip yang berada di bahagian bawah ikan itu seperti bersambung bersambung dengan bahagian badan.
"Tidak pernah seorang pun, walaupun orang tua, di kampung ini yang pernah melihat ikan seperti ini," kata seorang penduduk tempatan, Said Tiara. - Agensi

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: