NUFFNANG

Rabu, Jun 22, 2011

Mentega beracun rosakkan hati

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM dan AMREE AHMAD


BUKTI... Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris menunjukkan sampel mentega kacang dalam satu sidang media di Pulau Pinang tidak lama dahulu.


SABAN hari, mentega kacang menjadi antara produk makanan yang digemari rakyat negara ini. Malah ada yang menjadikannya sebagai bahan penyedap roti setiap kali bersarapan atau memulakan kerja pada awal pagi.
Namun tahukah anda, di sebalik keenakan mentega itu, terdapat kandungan bahan kimia yang dikenali sebagai aflatoksin yang boleh menyebabkan kanser hati sekiranya melebihi paras yang ditetapkan.
Aflatoksin ialah sejenis mycotoxin atau sebatian kimia yang lazimnya dihasilkan oleh kulat ketika tumbuh segar di atas bahan organik seperti jagung, kacang atau biji kapas.
Perkara itu didedahkan hasil penyelidikan selama dua tahun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) terhadap kebanyakan produk mentega kacang dan produk kacang jenama popular di pasaran negara ini.
Penyelidiknya, Khatijah Hashim memberitahu, kajian CAP pada tahun 2006 dan 2007 mendapati kandungan beberapa produk yang diuji didapati dicemari aflatoksin melebihi paras selamat.
"Impaknya cukup tinggi kerana ia boleh menyebabkan kanser hati walaupun dimakan dalam kuantiti yang kecil. Aflatoksin mengakibatkan penyakit di seluruh tubuh, tetapi biasanya diketahui punca penyakit hati dan kanser hati," katanya.
Jelasnya, di bawah Peraturan Makanan 1985, paras maksimum yang dibenarkan bagi aflatoksin ialah 15 bahagian per bilion (bpb) untuk kacang tanah mentah dan 5 bpb bagi produk makanan lain.
"Paras tertinggi bahan itu ditemui dalam sampel gula-gula kacang yang mengandungi 50 bpb aflatoksin. Sampel kacang mentah diuji pula didapati mengandungi 25-50 bpb hingga 5-10 bpb," katanya lagi.
Jelas Khatijah, perkara itu berlaku disebabkan bahagian pengawasan kualiti sesebuah syarikat pengeluar tidak cekap malah 13 daripada 20 sampel mentega kacang yang diuji CAP didapati melanggar paras aflatoksin yang dibenarkan.
Justeru Khatijah menggesa Kementerian Kesihatan supaya menguji semua produk yang berkemungkinan dicemari aflatoksin dan menarik keluar segera semua produk terbabit dari pasaran.
Gantung pengeluar ingkar – FOMCA


ROTI yang disapu mentega popular sebagai menu sarapan pagi. - Gambar hiasan



KERAJAAN perlu bertegas menarik segera produk yang mengandungi aflatoksin yang melebihi paras ditetapkan, menurut Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Yusof Abdul Rahman.
Beliau memberitahu, isu itu berkait rapat dengan keselamatan pengguna dan perlu diambil serius kerana aflatoksin mampu mengakibatkan kanser hati sekiranya melebihi sukatan.
“Jika sebelum ini pengguna menjadi mangsa kenaikan harga barangan, kini mereka ditawarkan dengan makanan berbahaya,” katanya ketika dihubungi.
Jelasnya lagi, Kementerian Kesihatan perlu mengambil sampel produk yang didakwa mengandungi aflatoksin berlebihan oleh CAP untuk diuji sebagai langkah proaktif menangani isu itu.
“Untuk lebih adil, kajian tersebut boleh dilakukan oleh pihak ketiga yang berkecuali untuk keputusan yang lebih adil dan telus.
“Jika benar, lesen syarikat itu perlu digantung dan diiklankan dalam akhbar kesalahan mereka supaya pengguna tidak terus tertipu,” katanya lagi.
Pengerusi Persatuan Pengguna Shah Alam dan Selangor (Cassa), Datuk Dr. Jacob George pula berpendapat label barangan harus mengandungi kriteria makanan yang jelas boleh dimakan.
Setiap produk makanan harus dilabel sesuai dengan peringkat umur dan terdapat panduan jelas bahan kimia yang terkandung di dalamnya supaya ia tidak menjejaskan kesihatan seseorang kelak.
“Negara Barat telah lama mempelopori kaedah sebegini dan negara kita perlu mengambil langkah serupa,” katanya. Malaysia malah memiliki pusat kajian halal dan pelbagai badan berkaitan dengan makanan.
“Namun kekusutan mengenai status produk makanan masih menjadi isu. Kerajaan perlu bertindak sebelum menjadi serius,” katanya.

BROWSE 6X FASTER WITH OPERA MINI!

KLIK SINI ! UNTUK KETERANGAN LANJUT !

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: