Nuffnang Ads

Sabtu, Ogos 20, 2011

Bayi berkepala dua cetus curiga

KIRON dirakam ketika tidur di sebuah hospital 
di Jessore, Bangladesh.

DHAKA - Seorang bayi lelaki yang dilahirkan berkepala dua di barat daya Bangladesh ditempatkan di bawah pengawasan polis kerana kelahirannya mengundang rasa pelik di kalangan penduduk tempatan, kata seorang doktor, Mohamad Abdul Bari .
Bayi yang bernama Kiron itu dilahirkan melalui kaedahCaesarean pada Isnin lalu dengan berat 5.5 kilogram di Keshobpur iaitu 135 kilometer dari Dhaka.
"Dia mempunyai satu perut dan dia makan dengan dua mulut. Dia mempunyai satu alat kemaluan dan anggota badan yang lengkap.," katanya.
Nyawa bayi tersebut bukan dalam bahaya sebaliknya dia dan ibunya yang berusia 22 tahun dipindahkan ke sebuah hospital yang lebih besar berdekatan bandar Jessore kerana kehadiran beratus-ratus ribu orang yang berkumpul di klinik tempat Kiron dilahirkan.
"Kira-kira 150,000 orang berkumpul kelmarin dari pelbagai daerah. Ia menjadi sukar untuk kami menjaga bayi tersebut.
"Kami menghubungi polis untuk menyelesaikan masalah itu dan mereka kini diawasi di sebuah hospital di Jessore," kata Mohamad. - AFP


Lagi video bayi berkepala dua dan yang sudah dewasa sehingga sekarang.







Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: