Nuffnang Ads

Sabtu, Februari 11, 2012

Osama Jadi Zombi

LOS ANGELES, — Masih mengenakan serban putih, yang sudah lusuh berwarna kuning kecoklat-coklatan, pakaian compang-camping, pemimpin kumpulan militan Al Qaeda, Osama bin Laden, bangkit dari kuburnya. 
Dengan tubuh yang separuh membusuk, Osama memimpin sekumpulan mayat hidup kumpulan militan Al Qaeda dalam serangan terhadap tentera NATO di Afganistan.


Korban peperangan bergelimpangan. Bukan hanya di kalangan militan Al Qaeda sahaja, tetapi juga tentera Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya. 
Bukan hanya terbunuh dalam peperangan, kumpulan tentera itu pun mengalami nasib sama dengan Osama dan juga kumpulan militannya, yang berubah menjadi mayat hidup.
Osama di gambarkan sebagai mayat hidup atau Zombie. 


Kematian Osama bin Laden dipermainkan
Kematian Osama bin Laden dipermainkan
Adegan ini sudah tentu bukan kisah benar. Kisah Osama bangkit dari kubur, itu hanyalah sebahagian sedutan filem Hollywood berjudul "Ozombie", yang akan di tayangkan keseluruh pawagam-pawagam dunia dalam masa terdekat ini. 


Menurut Executive Producer filem Ozombie, Kynan Griffin, seperti dipetik dari Dailymail, naskah untuk filem panjang itu ditulis sebelum Osama terbunuh dalam operasi pasukan khusus AS, bulan Mei lalu.


Cerita di filem "Ozombie", berkisah pada kehidupan seorang pelatih yoga berasal dari Colorado, AS, Dusty, yang sedaya upaya upaya menyelamatkan adiknya, Derek.
Derek yang sedang mengkaji teori konspirasi berkisar tentang bangkitnya Osama dari kubur membuatnya menghadapi sekumpulan mayat hidup bersenjata yang dipimpin oleh Osama 
bin Laden.
Poster filem : Osambie: The Axis of Evil Dead
Film yang sarat dengan adegan peperangan ini banyak mengambil lokasi di wilayah Timur Tengah. Menurut Kynan pihaknya merakam filem "Ozombie" di Utah, AS. "Kami sangat menikmati setiap pengambaran yang kami lakukan," tuturnya.


Namun, filem ini juga menjadi kontroversi. Seorang anggota Kongres AS dari Parti Republik, Peter King, melancarkan kritiknya terhadap film "Ozombie". "Ini filem yang sangat prosedural tentang CIA dan keupayaan mereka untuk menemukannya," katanya.


Sedutan FilemOsambie: The Axis of Evil Dead

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: