Nuffnang Ads

Sabtu, Jun 30, 2012

Gempar Cahaya Misteri Di Langit Xian Cina

Cahaya-cahaya putih misteri kelihatan bergerak berpusing-pusing di langit Xian Cina yang gelap. Awan gelap yang bertompok-tompok pada ketika itu menambahkan lagi misteri.
Fenomena yang luar biasa ini disaksikan oleh ratusan orang dan disiarkan oleh media-media tempatan.

Sebahagian orang beranggapan cahaya itu adalah armada UFO yang sedang berkeliaran di balik awan. Sebahagian lain beranggapan naga-naga misteri sedang terbang di balik awan bandar Xian.
Bagi saya sendiri, ketika menyaksikannya, saya akan teringat dengan sebuah adegan dalam filem-filem seram di mana roh-roh jahat kelihatan melayang-layang di angkasa.Mungkin anda mempunyai pendapat yang berbeza.


Penerangan pada video youtube yang dikuti dari harian China Daily menyebutkan:
Di langit yang berawan, tiba-tiba muncul sekitar 8 atau 9 bulatan bercahaya yang kemudian membentuk tiga kumpulan. Masing-masing kelompok bergerak membentuk lingkaran. Lima minit kemudian, bulatan-bulatan tersebut memecah dan membentuk dua kumpulan. Masing-masing kelompok membentuk sebuah garis yang memotong kumpulan lain hingga akhirnya membentuk huruf X di langit malam.
Beberapa saat kemudian, sebahagian besar bulatan terlihat semakin terang. Lalu, bulatan-bulatan itu kembali memisahkan diri dan kembali membentuk pola seperti tadi.Ramai penduduk Xian menyaksikan peristiwa yang sangat misteri tersebut yang terjadi tepat di atas jalan raya yang cukup ramai.


Salah seorang saksi bernama Mr.Jiang berkata: "Objek-objek itu tetap berkumpul dan terus bergerak. Ketika berpisah, mereka terbang paling jauh terletak 100 meter satu dengan yang lain."Saksi lain bernama Ms.Chan yang ikut menyaksikannya berkata: "Objek-objek tersebut berbentuk seperti naga dan banyak dirakamkan dengan telefon bimbit."


Ini Pula Video Rakaman Penduduk Setempat:


Inilah rakaman fenomena tersebut yang diambil dari salah satu siaran stesen televisyen di Cina :

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: