Nuffnang Ads

Khamis, Februari 07, 2013

KUNYAH GULA-GULA GETAH BAIK UNTUK OTAK

Tabiat mengunyah gula-gula getah di khalayak ramai, mungkin menimbulkan rasa kurang selesa bagi sesetengah individu, namun 

satu kajian saintifik terkini mendedahkan perlakuan mengunyah itu sebenarnya baik untuk kecergasan otak.
Kajian oleh Institut Sains Radiologi Kebangsaan Jepun dan beberapa institusi sains itu membuktikan, sekurang-kurangnya lapan tempat pada otak manusia boleh mendapat manfaat daripada perlakuan tersebut.

Ketua penyelidik, Profesor Andy Smith, berkata, mengunyah gula-gula getah, mampu meningkatkan ghairah dan mengundang tindakan sementara kepada aliran darah dalam otak.
Menurutnya, responden yang terlibat diberi tugas ketika mengunyah gula-gula getah dan tidak mengunyah serta bahagian otak mereka diimbas untuk melihat bahagian mana yang paling aktif.

Ketika sesi ujian selama 30 minit dijalankan, responden akan menekan butang dengan ibu jari bagi memberi tindak balas terhadap soalan yang diberi pada skrin.

Responden yang tidak mengunyah gula-gula getah mengambil masa 545 mili saat untuk memberi tindak balas, berbanding 493 mili saat oleh responden yang mengunyah gula-gula getah.

Menurut beliau, kawasan otak yang paling aktif ketika mengunyah merupakan kawasan yang terlibat dengan pergerakan dan pemerhatian.

"Satu kes yang boleh dijadikan contoh, situasi pengurus bola sepak kelab Manchester United, Alex Fergusson yang sentiasa mengunyah gula-gula 

getah ketika pasukannya beraksi. Mungkin ia hanya kebetulan, namun, tindakan itu dilihat sangat tepat dalam keadaan yang getir seperti itu," katanya.

Jelas beliau, keputusan ujian mencadangkan kunyahan meningkatkan paras keghairahan dan kewaspadaan yang menjana kawalan motor, sekali gus membantu meningkatkan persembahan kognitif individu. - AGENSI

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: