Nuffnang Ads

Rabu, Mac 20, 2013

KIRAM III ARAH TENTERA LANCAR PERANG GERILA

JAMALUL KIRAM III: Mahu 'askarnya' teruskan perang gerilanya.

SHAH ALAM: Individu yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, mengarahkan 'tentera' dan penyokongnya di Sabah supaya melancarkan perang gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

Beliau turut menarik balik arahan gencatan senjata sebelah pihak yang diumumkannya sebelum ini, lapor akhbar Sinar Harian semalam.

Ahbar itu memetik laporan media Filipina, The Philippine Star, bahawa Jamalul Kiram bertegas mengatakan pengunduran atau penyerahan diri tenteranya di Sabah bukanlah satu pilihan kerana menganggap Sabah adalah tanah air mereka.

"Mereka sudah pun berada di tanah air mereka, mengapa perlu pulang?" kata Jamalul Kiram kepada wartawan di kediamannya di Bandar Taguig, Manila.

Sementara itu, jurucakap Jamalul Kiram, Encik Abraham Idjirani, berkata penentangan di Sabah akan diteruskan.

Beliau berkata arahan gencatan senjata yang ditawarkan kesultanan itu telah ditarik balik dan tentera Kiram telah diarah supaya menjalankan operasi 'serang dan lari' ke atas pasukan keselamatan Malaysia.

Jamalul Kiram juga mengakui adiknya, Azzimudie Kiram, masih lagi berada di Sabah.

Ini bertentangan dengan laporan pihak berkuasa Malaysia yang mengatakan ketua militan itu telah melarikan diri ke selatan Filipina.

Idjirani dilaporkan telah bercakap dengan Azzimudie Kiram pada malam Sabtu lalu dan diberitahu bahawa kumpulan mereka masih kuat.

Idjirani berkata pengikut kesultanan, yang berjumlah 170 orang, telah berpecah menjadi tiga kumpulan untuk mengelak daripada dijejaki pesawat pengintip Malaysia yang berlegar-legar di sekitar Lahad Datu, demikian lapor akhbar Filipina itu.

Media Filipina itu juga memetik satu sumber kerajaan sebagai berkata Azzimudie Kiram tiba di Kepulauan Sulu bersama pengiringnya, yang terdiri daripada pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), dan mungkin telah melepasi kepungan tentera melalui Lahad Datu ke Sandakan, sebelum tiba di Pulau Sibutu dan Sitangkai.

- SUMBER -

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: