Nuffnang Ads

Rabu, Oktober 30, 2013

KECOH PENGAWAL KESELAMATAN TIDAK SENGAJA LEPAS TEMBAKAN DI BANK

GEORGE TOWN: Seorang pengawal keselamatan menimbulkan kekecohan di sebuah bank di Datuk Keramat di sini apabila dia secara tidak sengaja melepaskan tembakan dari senapang pamnya, Rabu.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata lelaki tempatan berusia 53 tahun itu sedang bertugas di belakang kaunter bank dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi.

Beliau berkata, tembakan telah tersasar ke lantai dan tiada siapa yang cedera.

"Kami sedang menyiasat kes itu daripada semua aspek dan kita juga akan menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap latar belakang pengawal itu," katanya di tempat kejadian di sini.

Beliau menambah pengawal telah ditangkap untuk siasatan di bawah Seksyen 39 Akta Senjata Api.

POLIS TAHAN PENGAWAL KESELAMATAN TERLEPAS TEMBAKAN DI GEORGE TOWN :

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang pengawal keselamatan yang melepaskan tembakan secara cuai dalam sebuah bank di Jalan Datok Keramat di sini Rabu, untuk siasatan.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan berkata dalam kejadian pukul 11.30 pagi, lelaki berusia 53 tahun terbabit secara tidak sengaja melepaskan satu das tembakan menggunakan pump gun di bahagian belakang kaunter juruwang.

"Ketika kejadian pengawal itu ditugaskan berkawal di ruang antara bilik kebal di ruang belakang kaunter juruwang dan siasatan lanjut mendapati dia mempunyai lesen senjata api yang sah.

"Kita turut menyiasat berapa lama dia telah bekerja dengan syarikat kawalan keselamatan yang beribu pejabat di Kuala Lumpur itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata tembakan itu menembusi lantai jenis playwood dan tiada kecederaan dilaporkan. - BERNAMA

SUMBER

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: