Nuffnang Ads

Ahad, Januari 12, 2014

BRIM: Maklumkan nombor akaun kepada LHDN segera

Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diminta memaklumkan nombor akaun bank mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) jika belum berbuat demikian sebelum 31 Jan bagi proses pembayaran.

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah 
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata mulai tahun ini, kerajaan akan menyalur bantuan itu ke akaun bank penerima bagi mengelak mereka beratur panjang di program pemberian BR1M seperti sebelum ini.

"Penerima BR1M yang tidak ada akaun ini tidak ramai, kira-kira 10 peratus sahaja,... sejak program BR1M dilaksana dua tahun lepas, kita mahu adakan penambahbaikan, kita akan masukkan ke dalam akaun bank," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau juga berkata mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dan berkeluarga serta individu berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan RM2,000 yang menerima BR1M sebelum ini tidak perlu mendaftar lagi, sebaliknya hanya perlu memaklumkan nombor akaun bank sahaja kepada LHDN, jika belum berbuat demikian.

Bagi mereka yang berpendapatan antara RM3,001 dan RM4,000 serta berkeluarga namun tidak pernah menerima bantuan itu, perlu mendaftar dengan LHDN sebelum 31 Jan ini, katanya.- Bernama-

Apa tunggu lagi! Cepatlah mendaftar dan kemaskini no akauan anda di laman web berikut https://ebr1m.hasil.gov.my/

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: