Nuffnang Ads

Jumaat, Jun 27, 2014

APA-APA HAL SELFIE DULU!

GAMBAR pasangan berkenaan sejurus selepas kereta yang dipandu terbabas.
Bel Air: Nampaknya tiada apa yang mampu menghancurkan kebahagiaan sepasang suami isteri yang berkahwin sejak 60 tahun lalu walaupun selepas mereka ditimpa kemalangan jalan raya.

Pasangan warga emas itu terselamat walaupun kereta mereka terbalik. Tanpa menunjukkan rasa terkejut, mereka segera mencapai telefon bimbit dan bergaya untuk mengambil selfie sejurus selepas kejadian berlaku.

Kemalangan berlaku semalam Pesiaran Linda Flora kawasan kejiranan elit yang terkenal melalui siri komedi Fresh Prince of Bel Air pada 1990-an. Si suami dilaporkan memandu Honda sedan biru itu apabila ia terbabas dan jatuh di kiri jalan berhampiran pokok.

LIHAT VIDEO

Kedua-dua pasangan ini bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan, namun si isteri terperangkap di dalam kereta manakala suaminya berjaya memanjat keluar.

Ketika menunggu bantuan, si suami yang berpakaian seluar sukan kelabu menaikkan seluar ke paras dada dan mengambil gambar dengan kereta yang terbalik sementara isterinya selamba di dalam.

Beberapa penduduk setempat yang melintas kawasan kemalangan termasuk jiran mereka berhenti untuk membantu.

Saksi Ryan Steinberg turut bergambar dengan berlatarbelakangkan kereta itu.

Kedua-dua pasangan ini dikatakan mempunyai semangat yang baik kerana mampu bergembira walaupun ketika menghadapi kesukaran. - Agensi

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: