Nuffnang Ads

Jumaat, Oktober 24, 2014

GEMPAR! WANITA BRITISH MATI KETIKA PEMBEDAHAN KOSMETIK DI THAILAND

Polis Thailand telah menahan seorang doktor bedah atas dakwaan cuai dalam menjalankan tugasnya.
BANGKOK: Seorang wanita British berusia 24 tahun meninggal dunia ketika menjalani pembedahan kosmetik di sebuah klinik di Bangkok.


Menurut kenyataan rasmi berkenaan kes tersebut, pihak polis Thailand telah menahan seorang doktor bedah atas dakwaan cuai dalam menjalankan tugasnya.

Wanita malang itu meninggal dunia sewaktu menjalani prosedur pembedahan petang semalam di sebuah klinik pembedahan kosmetik di wilayah Lat Phrao, utara ibu negara berkenaan.

Sebelum ini, wanita itu pernah menjalani pembedahan membuang lemak (liposuction), kata pegawai polis, Chaleang Inthip.

"Wanita berkenaan telah ke klinik itu pada 14 Oktober lalu untuk pembedahan membuang lemak dan kemudian mengulangi kunjungannya ke klinik tersebut semalam selepas mengalami jangkitan. Dia meninggal dunia di klinik itu sekitar jam 9.30 malam," katanya.

Doktor bedah tersebut kini ditahan di sebuah penjara Bangkok atas dakwaan menyebabkan kematian akibat kecuaian. Dakwaan yang dikenakan ke atasnya itu membawa hukuman maksimum 10 tahun penjara.

Kedutaan British di Bangkok hari ini berkata, pihaknya sudah menerima laporan mengenai kematian wanita tersebut semalam dan urusan bantuan yang sewajarnya sudahpun dibuat namun tidak memberi butiran lanjut mengenainya.

Thailand merupakan destinasi pelancongan perubatan popular dalam kalangan warga asing yang mahukan rawatan berkualiti tinggi pada harga yang rendah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: