Nuffnang Ads

Khamis, November 13, 2014

4 FOTO PERAGUT OKU KENA BELASAH SAMPAI PATAH TANGAN

Seorang lagi peragut dan pecah rumah dibelasah hingga patah tangan oleh orang kampung di Kelantan semalam. Orang kampung kini sudah mengunakan hukum rimba tanpa merujuk kepada pihak berkuasa...namun ia tetap tidak menakutkan peragut.

KOTA BHARU - Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) mengalami cedera parah di kepala selepas dipukul orang awam kerana disyaki cuba memecah masuk sebuah kereta di Kampung Telok Panji di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 9 malam, OKU berumur 22 tahun itu terpaksa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini, untuk menerima rawatan. Ibu OKU berkenaan, Noraini Hassan, 50, berkata luluh hatinya apabila melihat keadaan anaknya yang cedera parah dan beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu di sini, hari ini.

“Anak saya itu mengalami kecacatan di bahagian tangan kiri dan kaki kiri selepas kemalangan sejak dua tahun lalu. Sebak melihat keadaannya yang cedera parah, namun mujurlah dia masih hidup.

“Kalau dia buat salah pun, janganlah bertindak melulu dengan memukulnya, luluh hati seorang ibu apabila melihat anak diperlakukan sedemikian tanpa belas kasihan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di IPD berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa, mengesahkan menerima laporan kejadian itu. “Di sini saya ingin tegaskan, supaya orang ramai jangan bertindak mengikut perasaan dan menghukum suspek di tangan mereka sendiri kerana ia salah di sisi undang-undang," katanya.

Sumber-Bernama 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: