Nuffnang Ads

Sabtu, Januari 17, 2015

KETAHUI KENAPA EPAL JENIS GALA, GRANNY SMITH DISEKAT MASUK KE MALAYSIA

Epal jenis Gala dan Granny Smith disekat masuk ke Malaysia kerana dipercayai tercemar oleh bakteria Listeriosis.
KUALA LUMPUR 17 Jan. - Kementerian Kesihatan telah mengarahkan pengimport epal jenis Granny Smith dan Gala keluaran Syarikat Bidart Brothers, Amerika Syarikat menarik balik buah epal tersebut daripada pasaran di negara ini.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya juga telah menyita epal daripada jenis tersebut yang terdapat di premis-premis pengimport.

Kata beliau, setakat ini, dua pengimport epal jenis berkenaan telah dikenalpasti dan sebagai langkah berjaga-jaga, pihak kementerian mengenakan pemeriksaan tahan, uji dan lepas di semua pintu masuk negara.

“Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak yang terlibat mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan dan selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan.

“Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang pertanyaan, mereka boleh mengajukan kepada Kementerian Kesihatan melalui Pejabat Kesihatan daerah atau Jabatan Kesihatan negeri terdekat atau melalui laman web http://fsq.moh.gov.my dan www.facebook.com/bkkmhg.

Isu berkaitan larangan pengambilan epal jenis berkenaan mula tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu, antaranya portal berita yang melaporkan bahawa penularan bakteria Listeria monocytogenes dikesan di sebuah pusat pemprosesan epal Bidart Bros dekat Bakersfield, California, melibatkan epal diproses semula yang bersalut karamel.

Pengambilan makanan yang tercemar dengan bakteria itu boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan, dikenali sebagai listeriosis.

Listeriosis boleh menyebabkan demam kuat, sakit kepala kronik, kekejangan pada leher serta loya dan lebih memberi risiko kepada golongan wanita mengandung selain warga emas yang mempunyai sistem imun lemah. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: