Nuffnang Ads

Isnin, Januari 05, 2015

MOTOR YAMAHA YZF-R25 DIGUNAKAN UNTUK JUAL SAYUR

KALAU di tempat kita motor yang secantik ini dan mahal pulak harganya sudah tentu digunakan untuk melaram dan mengurat awek tak pun buat bersiar-siar.


Tetapi lain halnya di negara jiran kita Indonesia, seorang lelaki yang bernama Dwi telah mengunakan motor sport ini semata-mata untuk menjual sayuran di sekeliling kampungnya dan juga di Kota Magelang untuk mencari rezeki halal.

Ramai yang menganggap beliau gila, kerana mengunakan motor sport yang begitu cantik untuk berjualan sayur Yang sepatutnya digunakan untuk bergaya dan bersiar-siar. Sudah pasti pemuda ini ada sebabnya yang tersendiri berbuat begitu.

Ternyata caranya berhasil. Pelanggannya semakin ramai dan beliau sekarang semakin terkenal dan menjadi heboh di internet. Sekelip mata beliau menjadi popular.

LIHAT VIDEO DISINI

Sebenarnya untuk memiliki motor idamannya ini beliau menabung selama lebih 6 tahun. Beliau bangga walaupun hanya penjual sayur jalanan tetapi mampu menggunakan motor superbike YAMAHA YZF-R25. Dan dengan motor itulah beliau mencari rezeki.

Apa agaknya reaksi pencipta motor ini agaknya ya kalau melihat motor sehebat YAMAHA YZF-R25 hanya digunakan untuk berjualan sayur...

APA KATA ORANG JEPUN NI PASAL MOTOR NI (LIHAT VIDEO)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: