Nuffnang Ads

Jumaat, Januari 23, 2015

Zamani Maafkan Individu Sebar Videonya Dalam Tahanan

PENYEBARAN video Zamani menyanyikan lagu Gerimis Mengundang ketika dalam tahanan pihak polis ekoran kes penyalahgunaan dadah mengundang kecaman pelbagai pihak selepas video itu menjadi viral di media sosial.

Rata-rata rakyat Malaysia meluahkan perasaan simpati atas nasib yang menimpa bekas vokalis kumpulan Slam itu.

Susulan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan kenyataan akan menyiasat kes berkenaan secara terperinci dan mengambil tindakan terhadap individu terlibat.

Bagaimanapun, Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 44, dikatakan telah membuat keputusan untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pihak yang menyebarkan video tersebut.

Bukan itu sahaja, dia turut memaafkan individu terlibat.
VIDEO YANG MENIMBULKAN KONTROVESI DAN BANTAHAN ORANG RAMAI
Menurut laporan Berita Harian, perkara ini dimaklumkan abang Zamani, Zulfazil Ibrahim, 50, ketika ditemui media selepas melawat penyanyi terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, pada Jumaat.

“Zamani sendiri yang meminta isu ini tidak dipanjangkan dan sudah memaafkan individu terbabit. Saya dan keluarga akur dengan permintaannya dan tidak akan mengambil sebarang tindakan,” katanya.
Zulfazil Ibrahim berbincang bersama peguamnya.
Tambah Zulfazil, selaku abang dia akui kecewa dan sedih terhadap individu yang menyebarkan video tersebut tetapi akur dengan keputusan adiknya.

“Ketika Zamani ditahan dan penyebaran video ini berlaku, saya langsung tidak tahu sehinggalah dimaklumkan oleh kawan.

“Agak terkilan dan sedih dengan penyebaran video ini, tetapi, saya bangga dengannya kerana dalam keadaan menghadapi kes ini, dia tetap sudi memaafkan orang yang bertindak sedemikian,” katanya.

Pada masa sama, peguam yang mewakili Zamani iaitu Ahmad Zaharil Muhaiyar memberitahu kes berkenaan akan disebut di Mahkamah Majistret Ampang pada 27 Januari depan. -MYNEWSHUB.CC

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: