Nuffnang Ads

Ahad, Mei 10, 2015

Video: Hasil projek ‘Ignite Straight Six’ memang mengkagumkan

Rekaan Keiji Kawakita yang dinamakan Juggernaut
Kepada peminat-peminat motosikal tempahan khas atau ‘custom bikes’, anda mungkin mengetahui bahawa BMW Motorrad pernah bekerjasama dengan empat orang pereka motor tempahan khas dari Jepun beberapa tahun yang lalu di dalam projek Ignite Straight Six. Mereka telah tampil dengan rekaan yang sangat unik; dan motosikal BMW R nineT telah dijadikan sebagai asas rekaan mereka pada waktu itu.


Kini, projek Ignite Straight Six kembali lagi dan dua orang pereka dari Jepun telah dipilih bagi meerajui projek ini. Mereka adalah Kenji Nagai dari Ken’s Factory (gambar atas, kiri) dan Keiji Kawakita dari Hot-Dock Custom-Cycles. Bagi projek kali ini, mereka telah diberikan motosikal BMW K 1600 GTL yang dikuasakan oleh enjin enam silinder bersesaran 1649cc sebagai asas rekaan unik mereka.

Bersesuaian dengan nama motosikal tempahan khas - ‘Custom Made Bike’ , sudah tentu rekaannya sangat berbeza daripada motosikal asal dan ianya pasti mempunyai suatu konsep yang dijadikan sebagai inspirasi.

Bagi motosikal rekaan Kenji Nagai yang dinamakan sebagai Ken’s Factory Special, fork hadapan jenis ‘Girder Type’ yang diperbuat daripada aluminium telah direka dengan penggayaan sebuah ‘Chopper’. ‘Fairing’ rekaan penuh dan tinggi yang asal telah digantikan dengan rekaan ‘Fairing’ ringkas yang menempatkan lampu hadapan.

Tempat duduk motosikal ini juga telah ditukar kepada tempat duduk aluminium yang dipasang rendah pada kerangka motosikal. Roda hadapan bersaiz 23 inci dan roda belakang bersaiz 20 inci menyerlahkan lagi posisi tempat duduk pada motosikal ini yang direka rendah. Rekaan penutup tempat minyak, radiator dan pemegang hadapan yang diperbuat daripada aluminium menyerlahkan hasil seni rekaan Kenji Nagai ini.


VIDEO BMW K 1600 GTL JAGANNATE / KEN’S FACTORY SPECIAL

Menurut Kenji, “Pada mulanya, saya mempunyai idea untuk merekabentuk motosikal ini kepada ‘bagger style’, tetapi ianya adalah satu pilihan yang sangat ketara bagi sebuah motosikal jenis ‘tourer’seperti ini. Jadi saya mengambil pendekatan berbeza dan saya memilih untuk mereka bentuk motosikal ini kepada ‘digger style’. Rekaan ‘digger style’ yang panjang dan kurus ini akan menyerlahkan lagi enjin enam silinder pada motosikal ini.

Rekaan Keiji Kawakita yang dinamakan Juggernaut pula mempunyai konsep yang sebaliknya. Ianya direka dengan warna yang gelap dan mempunyai bentuk yang maskulin.

Tiada istilah bersederhana di dalam rekaan motosikal ini. Rekaannya adalah lebih kepada imaginasi gila-gila, ala-ala tentera dan fikiran di luar kotak. Kerangka tiub aluminium luar rekaan khas menyerlahkan lagi kerangka asal K 1600 GTL ini.

Panel instrumen motosikal ini pula diletakkan di setiap sisi tangki minyak. Dua lampu kabus juga turut diletak pada bahagian hadapan sebagai simbol kepada rekaan siri BMW Motorrad GS.

Menurut Keiji Kawakita, rekaan beliau diinspirasikan oleh satu gambar sebuah kereta ‘convertible’ lama yang dijumpai beliau. Menurut beliau, walaupun dengan idea yang ada, kerja-kerja menyiapkan motosikal yang sangat istimewa ini mengambil masa yang sangat panjang dan sangat sukar untuk diselesaikan.

Walaupun apabila motosikal ini telah siap, Keiji Kawakita merasakan bahawa beliau masih tidak pasti samada motosikal ini sudah benar-benar siap ataupun tidak. Tetapi itulah hakikat sebenar di dalam dunia motosikal tempahan khas ini.

Projek Ignite Straight Six kali ini telah memperlihatkan dua motosikal rekaan khas - ‘Custom Made Bike’ yang sangat mengagumkan hasil daripada kerjasama diantara BMW Motorrad dan pereka-pereka daripada negara matahari terbit. BMW Motorrad pasti akan tampil dengan projek baharu mereka suatu hari nanti dan sama-sama lah kita nantikan apakah motosikal rekaan khas yang akan ditampilkan nanti.

Source/drebar.my

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: