NUFFNANG

Ahad, Januari 10, 2016

Ketahui Misteri Syiling 50 Sen Tahun 1970, 1972, 1974, 1975 & 1976.

Bank Negara Malaysia (BNM) sebenarnya tidak pernah mengeluarkan duit syiling tahun 1976 
Ada yang sanggup mencarinya sampai kealam ghaib yang kononnya duit syiling tahun-tahun tertentu sudah ghaib ke alam bunian. Dan kononnya lagi hanya duit-duit syiling tahun-tahun yang tertentu sahaja yang orang bunian perlukan untuk digunakan di alam mereka.

Dan Ramai orang yang tidak tahu, Bank Negara Malaysia (BNM) sebenarnya tidak mengeluarkan setiap duit syiling itu setiap tahun. Ramai yang masih mencari syiling untuk tahun-tahun tertentu dan sehingga kini masih belum menemuinya.

Ini memberi peluang kepada scammer (penipu) menjual duit-duit yang tidak dikeluarkan oleh BNM dan menyatakan yang duit itu adalah sangat rare,sangat unik dan terlalu susah untuk di dapati.

Sedangkan duit yang dijual mereka itu adalah palsu, sama ada dengan mengubahsuai duit syiling yang sedia ada atau mereka membuat duit palsu yang baru. Namun, mereka ini biasanya menjual duit tersebut pada harga yang sangat mahal, harga yang tidak mampu dibeli oleh pengumpul duit syiling amatur atau yang baru hendak berjinak-jinak sebagai collector duit syiling rare.

Oleh yang demikian, hari ini admin ingin berkongsi senarai duit yang tidak pernah di keluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Kecuali untuk duit 50 sen 2006. Rasanya tiada lagi duit lain yang tidak dapat dicari oleh pengumpul duit lama.

INILAH SENARAI DUIT SYILING YANG TIDAK PERNAH DIKELUARKAN BANK NEGARA MALAYSIA :

Senarai duit syiling tiada keluaran mengikut tahun :

1 sen: (1969, 1972, 1974 & 1975). Tahun terakhir dikeluarkan pada 2007.

5 sen: (1969, 1970, 1972, 1974, 1975, 1983, 1984 & 1986).

10 sen: (1969, 1970, 1972, 1974, 1975, 1984, 1985, 1986 & 1987).

20 sen: (1972, 1974, 1975, 1983, 1984, 1985, 1986, 1995, 1996, 1999, 2003).

50 sen: (1970, 1972, 1974, 1975 & 1976).

$1 atau 1 ringgit: (1972, 1973, 1974, 1975, 1976, 1977, 1978, 1979, 1983, 1987 & 1988). Sejak 7 December 2005, duit syiling satu ringgit tidak lagi sah digunakan.

TIDAK PERNAH DI CETAK DAN DIKELUARKAN TAPI WUJUD?

KISAH 1

VIDEO MISTERI DUIT SYILING 50 SEN 1976. (Sumber YouTube)

Walaupun duit syiling 50 sen tahun 1976 telah disahkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) tidak pernah di keluarkan, Namun masih ada individu yang memilikinya. Menurut pengirim video ini ianya benar-benar wujud bukanya duit palsu. Namun untuk mendapatkannya bukanlah mudah terlalu banyak syarat-syaratnya.


Menurut pengirim video, Untuk menguji ketulinannya jika diletakkan beras bersamanya beras itu akan melenting. Dan jika di letak air bersama beras, Beras itu akan naik kepermukaan air atau timbul.

KISAH 2

Syiling 50 Sen Tahun 1976 Yang Bersejarah. 
Petikan dari blog http://antiquemaniacworld.blogspot.my/


Salam, kali ini saya paparkan kisah atau cerita sebenar, dan boleh juga dikatakan sejarah sebenar duit syiling 50 sen tahun 1976 ini.

Syiling ini telah ditemui 5 tahun yang lalu dari seorang pengamal perubatan atau dukun di sebuah kampung. Menurut dukun tersebut syiling ini pernah di gunakan sebanyak 5 kali dalam upacara " Proses " atau tarik duit juga upacara menarik harta karun.

Kata dukun terbabit syiling ini asalnya kosong , tetapi telah ditapa atau dikodikan oleh seorang sami ditanah jawa. Bermaksud syiling ini telah diisi khodam tertentu dan dikhaskan sebagai ibu duit pada asalnya, menurut kata dukun itu lagi setakat ini cuma 2 kali upacara " Tarik " sahaja yang berjaya dan salah satunya mendapat 2 ketul emas lama, dukun itu juga mengatakan yang syiling ini telah 10 tahun dipegang oleh beliau dan telah diuji khodamnya memang ampuh,.

Apa pun yg diceritakan oleh Dukun tersebut jelas membuktikan bahawa syiling ini telah diisi dgn khodam di salah sebuah kuil di Tanah Jawa, dan syiling ini mempunyai khodam penjaganya, bukan tahun yang menjadi ukurannya, jika ia syiling 50 sen bertahun 1976 sekalipun tetapi kosong dan tidak ada isi , maka tiada juga gunanya, sama seperti syiling-syiling biasa juga.

Jadi kepada yang sering memburu syiling 50 sen tahun 1976 ini, bukan semuanya yang berkhodam atau ada isi, ia harus diketahui asal usul dan sejarahnya.

Harap tiada yang bertanya pada saya sama ada hendak menjual syiling ini, kerna saya tidak menjualnya setelah mengetahui sejarahnya. Sekadar Koleksi Peribadi.

Terpulanglah kepada anda samada untuk mempercayainya atau tidak. Apa yang pasti banyak lagi misteri-misteri yang tidak pernah terfikirkan oleh akal manusia. Admin hanya memaparkan artikel ini sekadar untuk menambahkan lagi pengetahuan kita mengenai duit syiling Malaysia.

KLIK  UNTUK MEMBACA ARTIKEL INI...

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: