Nuffnang Ads

Sabtu, Jun 13, 2015

Yamaha MT-07 689cc sekarang dan turun harga!

Yamaha MT-07 689cc
Yamaha MT-07 telah dilancarkan dengan rasmi oleh Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. Bezanya sekarang, motorsikal ini dipasang sepenuhnya di Malaysia. Dengan itu, harganya pun diturunkan – sekarang RM35,296 (termasuk GST, tidak termasuk cukai jalan dan insurans).

Yamaha MT-07 Extreme Yellow...memanga mengancam
Yamaha MT-07 Deep Armour 
Model empat lejang, 689cc, dua silinder dengan suntikan bahan api ini adalah model motor besar ketiga yang dipasang di kilang Sungai Buloh selepas siri XJ dan MT-09.
Meter digital yang bergaya
Yamaha MT-07 Extreme Yellow
Ia akan mula dijual bermula pertengahan Jun 2015 dan boleh didapati di dalam dua pilihan warna iaitu kuning (Extreme Yellow) atau ungu (Deep Armour) untuk pasaran Malaysia.
Kawasaki Z1000
Adakah jentera dua roda Yamaha ini akan menjadi pesaing kepada Kawasaki Z800 atau Z1000? Apa yang pasti Kawasaki atau Yamaha kedua-duanya pasti ada kelebihan.
Kawasaki Z800
Nampaknya tahun 2015 semakin meriah dengan kehadiran banyak jentera dua roda yang semakin mengancam...selain dari jentera-jentera dua roda yang tidak pernah kita lihat sebelum ini seperti Demak Skyline200cc.
Demak Skyline200
Tepuk dada tanya selera...Tepuk poket tanya duit.

Video Yamaha MT-07 689cc 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: