NUFFNANG

Khamis, Jun 11, 2015

Daun Dokong Penganti Daun Ketum?

Inilah rupa bentuk daun Dokong
Secara tiba-tiba dimedia sosial popular dengan pokok dokong. Bukan bercerita mengenai sedapnya buah dokong itu tetapi wujudnya aktiviti meminum air rebusan daun dokong itu yang dikatakan mempunyai kesan sama seperti air ketum.

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mendedahkan, pihaknya menerima maklumat terdapat segelintir penagih yang ketagih meminum air rebusan daun dokong.
Keratan akhbar tentang isu ketagihan daun dokong di Perlis
Mereka beralih meminum air daun dokong kerana daun ketum sukar untuk diperolehi sejak akhir-akhir ini. Kesan mereka yang meminum air daun dokong dikatakan sama seperti daun ketum.

Mulanya, mungkin ketagihan air daun dokong semata-mata tetapi akhirnya ketagihan itu boleh membawa kepada penyalahgunaan dadah lain seperti pil kuda, morfin dan ganja.

TENAGA TAMBAHAN

Daun dokong yang dikatakan mempunyai kesan sama seperti air ketum. Penagih sebenarnya kreatif dan ada sahaja penemuan baharu yang mereka cipta untuk menghilangkan ketagihan.

Dahulu air ketum tetapi kini air daun dokong, Untuk memperolehinya (daun dokong) agak mudah dan percuma. Kegiatan meminum air rebusan daun dokong sebenarnya sudah lama berlaku.

Kesannya sama seperti air ketum kerana memberi tenaga tambahan selain mengurangkan mengantuk.

Penagih sebenarnya kreatif dan ada sahaja penemuan baharu yang mereka cipta untuk menghilangkan ketagihan. Dahulu air ketum tetapi kini air daun dokong pula.

CAKOROI

‘Cakoroi’ tonik baru kaki lentok

seorang sumber memberitahu, dia khuatir air rebusan daun dokong diubah suai seperti cakoroi iaitu sejenis tonik baru yang dihasilkan daripada campuran air ketum, minuman berkarbonat dan ubat batuk.

Saraf otak pecah, muka menjadi gelap, mata cengkung, tubuh semakin kurus, hilang keupayaan diri dan mengalami ketagihan melampau.
Inilah Tonik Maut "Cakoroi" Yang Dihasilkan Dari Daun Ketum Yang Telah Dirampas
Demikian penangan penagih ‘cakoroi’ iaitu sejenis tonik baru yang dihasilkan daripada campuran air ketum, minuman berkarbonat dan ubat batuk yang kini menjadi fenomena dalam kalangan anak muda.

Bukti perubatan menunjukkan peminumnya sengaja menempah maut berikutan pengambilan cakoroi berterusan juga boleh menyebabkan komplikasi buah pinggang serta hati selain mengganggu saraf otak.

Pengambilan air ketum yang dicampur dengan pelbagai bahan lain itu boleh memberi kesan hampir sama seperti pengambilan morfin atau kokain.

Tabiat meminum cakoroi secara berterusan boleh menyebabkan komplikasi buah pinggang serta hati selain mengganggu saraf otak.

setakat ini belum ada kajian menyeluruh tentang daun dokong yang dikatakan boleh memberikan kesan ketagihan seperti daun ketum.

Bagaimanapun daun dokong berkemungkinan mempunyai khasiat lain dalam aspek kesihatan.

KETERANGAN AM TENTANG POKOK DOKONG

Nama Biasa : Dokong
Nama Saintifik : Lansium Domesticum Corr. 
Keluarga : Meliaceae

Asal : 
Dokong merupakan satu daripada beberapa genus Lansium yang mempunyai nilai ekonomik seperti langsat, duku ( Johor ) dan duku langsat ( Terengganu ). Dokong dikenali sebagai longkong di Thailand dan dipercayai berasal dari Narathiwat Thailand. 

Kawasan Utama Tanaman : 
Negeri-negeri utama penanaman dokong di Malaysia adalah Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang dan Kedah.

Buah Dokong lazat dan boleh menghilangkan panas badan

Kegunaan : 
Dokong merupakan buah yang sangat baik untuk dimakan segar dan mempunyai permintaan yang tinggi. Buahnya juga boleh dibuat jem.
Pokok Dukong yang sedang berbuah lebat

Pokok : 
Pokok dokong adalah sederhana besar, kanopi berbentuk ovate hingga lanceolate dengan ketinggian antara 6 m hingga 9 m. Batang pokok adalah lurus dan kulitnnya berwarna coklat kehijauan 

Daun Dokong

Daun : 
Daunnya jenis pinat dan mempunyai 7 atau 9 helai anak daun yang tersusun berselang-seli dan berbentuk eliptik atau obovat, sementara anak daun dipangkal berbentuk ovat. Permukaan atas daun berwarna hijau tua, licin, bersinar, dan berombak sedikit. Ciri-ciri ini merupakan ciri dokong yang membezakan nya dari Lansium yang lain.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: