Nuffnang Ads

Sabtu, Ogos 08, 2015

Kejamnya manusia...badan ikan Paus ini digergaji hidup-hidup untuk diambil dagingnya

Badan ikan paus (kiri) yang dipotong dan ikan masih bernafas (kanan) ketika proses memotong.
SEBUAH video yang dimuatnaik ke laman YouTube menunjukkan manusia memotong badan ikan paus gergasi yang masih hidup untuk diambil dagingnya.


VIDEO : Kejamnya manusia...badan ikan Paus ini digergaji hidup-hidup untuk diambil dagingnya

Video mengerikan tersebut menunjukkan ikan paus gergasi jenis Whale Shark yang masih bernafas dipotong sedikit demi sedikit bermula dari bahagian ekor.

Kejadian tersebut berlaku di Guandong, China.
Bayangkan betapa sakitnya ikan Paus ini bila tubuhnya dilapah hidup-hidup...
Selama dua minit proses memotong tersebut berjalan, segelintir orang ramai merakam menggunakan telefon bimbit.

Orang ramai mempersoalkan kenapa tidak dibunuh terlebih dahulu? Saya tak dapat bayangkan penyeksaan yang dilaluinya!" kata Nira Katsumi.

Harga eekor ikan Paus Whale Shark mampu mencecah USD30,000 (RM118,290) dimana dagingnya dijadikan makanan dan siripnya dijual kepada restoran.

"Whale Shark mendapat permintaan tinggi kerana sirip, daging dan minyak hatinya.

Selain dijadikan makanan, bahagian-bahagian tertentu Whale Shark seperti kulit boleh diproses menjadi beg dan minyak hatinya dijadikan sebagai produk kesihatan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: