Nuffnang Ads

Ahad, Mac 27, 2016

Video Dan Gambar Bearded Dragon, cicak Agresif

DIKATEGORIKAN dalam spesies cicak, bearded dragon merupakan antara haiwan eksotik yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat untuk dijadikan haiwan peliharaan.Memiliki fizikal seperti seekor cicak, bearded dragon mudah untuk dijaga dan dikendalikan.


Walaupun diberi tanggap sebagai reptilia yang manja, sebenarnya seekor haiwan yang bersifat agresif sekiranya diganggu.

Membelanya dianggap satu hobi yang pelik bagi sesetengah orang sebenarnya haiwan tersebut mampu membuatkan diri pemiliknya berasa tenang apabila pulang daripada bekerja.

Bearded dragon antara haiwan peliharaan yang mudah untuk dijaga kerana tidak cerewet atau memerlukan diberikan perhatian 24 jam.

Cukup makan minum sihatlah dia. Bearded dragon ini perlu diletakkan di dalam bekas seperti akuarium kecil kerana haiwan ini gemar merayap.

Bearded dragon hanya perlu diberi makan ulat burung, salad, dan sawi.
Memiliki permukaan kulit yang kasar dan nampak tajam, sebenarnya reptilia ini lembut dipegang dan jarang menggigit.

Bearded dragon perlu dijemur di bawah cahaya matahari selepas dimandikan.

Bearded dragon hidup seperti haiwan-haiwan lain di dalam suhu bilik dan suhu ini amat penting untuk sistem penghadamannya.

Selain suhu bilik, haiwan ini juga perlulah dijemur di bawah cahaya matahari setiap pagi di dalam besen yang mengandungi air.

Tidak perlu memohon lesen untuk membela haiwan ini, bearded dragon akan bersalin kulit berperingkat-peringkat yang dimulai dengan kepala, badan, dan akhir sekali ekor.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: