Nuffnang Ads

Rabu, Mei 11, 2016

Rahsia Pokok Semalu Yang Tersembunyi


Rumput Semalu, tumbuhan merayap yang melata ini boleh diibaratkan ada kaitan rapat dengan fitrah seorang wanita.

Sungguh tidak disangka sama sekali, Pohon Semalu yang selalu kita lihat dan pijak dipadang rumput itu sebenarnya  sudah wujud sejak zaman Rasulullah s.a.w dibumi Arab.

Kisahnya begini, Ketika Rasulullah s.a.w. bersama anakndanya Sayidatina Fatimah r.a. tatkala mereka berdua sedang berjalan-jalan.

Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pokok semalu. Kakinya berdarah dan rasa marah mula menerpa dalam diri Fatimah.

Dalam keadaan yang marah, Fatimah mempersoalkan kehadiran pokok semalu di situ kepada Rasulullah s.a.w. dan dengan tenang Rasulullah s.a.w. berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawa pokok semalu amat berkait rapat dengan sifat seorang wanita dan Allah telah menjadikan semua perkara dengan alasannya yang kukuh.

Firman Allah s.w.t., "Tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia," (Ali Imran: 191).

Fatimah terkejut dan Rasululkah s.a.w. terus menyambung lagi kata-katanya bahawa sifat wanita ada pada pohon semalu itu.

Malu adalah salah satu sifat mahmudah yang seharusnya ada dalam diri setiap insan terutamanya seorang Wanita Muslim.

SABDA RASULULLAH S.A.W.

"Malu dan iman itu adalah teman seiring dan sejalan. Jika yang satu diangkat nescaya terangkat pula yang satu lagi."
RIWAYAT AT-TABARANI, 8313.

POKOK SEMALU ITU ADA 4 PERKARA;



1) Ia akan menguncup apabila disentuh dan boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

2) Pokok Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Justeru, wanita seharusnya tahu cara untuk mempertahankan diri dan maruah sebagai wanita muslim.

3) Tumbuhan merayap itu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat  dan mencengkam bumi. Jelas sekali wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah s.w.t.

4) Semalu akan menguncup dengan sendirinya apabila senja menjelang dan ia menjelaskan maksud bahawa seorang wanita harus menjaga peribadinya dan pulang ke rumah apabila tiba waktu senja.

Jadikanlah kisah Fatimah ini sebagai teladan di dalam hidup khususnya seorang wanita. Janganlah maruah dan peribadi dan lebih manis jika diselitkan sedikit rasa malu dalam diri agar batasan perilaku lebih terjaga.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: