Ketahui pasangan anda melalui "TARIKH LAHIR"
1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun
dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir
tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai
orang yang
tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap
serius
terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan,
dia
sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan
pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan
persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya
demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.
2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri
membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul
denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci
jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar
dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-
buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap
pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang
mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.
3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan
yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya,
dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana
dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam
bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah
untuk di mengertikan.
4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka
bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan
diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata
keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang
tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat
dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan
faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar,
mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.
5.
Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita
tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia
adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya
dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang
menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang
lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar
pasangan.
6. Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang
menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia
disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang
yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga
dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.
7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang &
jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu
itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi
masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali
merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.
8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia
bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-
teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan
suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan
seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu
dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat.
Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.
9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai
cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang
mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam
menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia
mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik
dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling
jahat.
10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia
berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya
dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering
membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam Kehidupan
sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat
kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam
pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah
untuk dipercayai.
11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada
tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap
bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap
penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci
pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan
huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi
perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun
begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.
12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai
kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana
perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh
pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri
jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan
jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan
seniman asmara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan