NUFFNANG

Selasa, April 12, 2011

Bentuk hati akibat fenomena alam


                                   PLAY !

PULAU SPITZBERGEN, NORWAY - Satu fenomena alam semula jadi berlaku apabila satu bentuk hati yang sinonim dengan lambang cinta terbentuk selepas ais cair di sini, lapor sebuah akhbar semalam.


Bentuk itu terjadi disebabkan oleh perubahan cuaca yang mencairkan glasier di pulau tersebut yang terletak 997.28 kilometer dari Kutub Utara.
GAMBAR menunjukkan lubang berbentuk hati yang dirakamkan oleh jurugambar Bruno Mazodier di Pulau Spitzbergen, Norway.
Beberapa blok ais terperangkap ketika glasier bergerak menyebabkan satu lubang berbentuk hati berlaku yang kemudian dipenuhi air akibat hujan dan ais mencair.

Pulau itu mempunyai bilangan penduduk yang paling ramai di bahagian utara bumi walaupun jumlahnya tidak dapat menandingi beruang kutub.

Seorang pakar dari Universiti Aberystwyth, Dr. Bryn Hubbard berkata: "Glasier di kepulauan ini sudah berkurangan tetapi bentuk hati itu merupakan satu keganjilan. Anda perlu melakukan usaha terbaik untuk mencari satu lagi bentuk seperti itu." - Agensi

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: