NUFFNANG

Rabu, April 13, 2011

Gempar Video Orang Asli Amazon di temui

last uncontacted tribes02 650x425 Breathtaking photos of one of the worlds last uncontacted tribes
GAMBAR ini menunjukkan beberapa Orang Asli berdiri sambil memegang tombak di kawasan penempatan mereka di sempadan Brazil-Peru.

DUA Orang Asli mengacukan tombak mereka.


KAWASAN penempatan Orang Asli yang baru ditemui di sempadan Peru - Brazil.
                                    PLAY VIDEO !

RIO DE JANEIRO - Sekumpulan Orang Asli Amazon yang tidak pernah menjalin hubungan dengan manusia moden berjaya ditemui berdekatan sempadan Peru dan Brazil, kata Yayasan Indian National kelmarin.
Beberapa gambar Orang Asli itu berjaya dirakamkan dari sebuah pesawat yang terbang di kawasan hutan Terra Inigena Kampa e Isolados do Envira yang dilindungi di Sungai Envira.
Satu gambar menunjukkan dua lelaki di mana tubuh mereka berwana merah dan sebahagian rambut dicukur cuba mengacukan tombak ke arah pesawat itu.
Di belakang lelaki itu, seorang wanita turut memerhati ke arah pesawat dengan tubuhnya dicat warna gelap.
Terdapat satu lagi gambar yang menunjukkan sebanyak 15 orang lagi berada berdekatan dengan pondok, sebahagiannya melakukan persediaan untuk membaling tombak ke arah pesawat.
"Dunia perlu jaga daripada tidur untuk memastikan wilayah mereka dilindungi berdasarkan undang-undang antarabangsa. Jika tidak berbuat demikian, mereka akan pupus," kata Pengarah Survival International, Stephen Corry di mana pertubuhannya itu memberikan berusaha melindungi penduduk asli di seluruh dunia.
Penduduk asli yang ditemui itu dipercayai tidak pernah menjalin hubungan dengan manusia moden dan dunia luar dan maklumat mengenai mereka setakat ini masih belum diketahui.
Tubuh berwarna, apakah yang mereka makan (anggota-anggota ekspedisi yang menaiki pesawat itu melihat terdapat taman pertanian dari angkasa), bagaimana mereka membina pondok, bahasa dan cara masyarakat itu berfungsi juga setakat ini masih kekal misteri.
"Kami menganjurkan penerbangan itu untuk menunjukkan rumah dan kewujudan mereka," kata pakar Orang Asli, Jose Carlos dos Reis Meirelles Junior.
"Ini adalah penting kerana terdapat pihak yang meragui kewujudan mereka," tambahnya.
Bagaimanapun, kehidupan kumpulan Orang Asli yang gambar mereka dirakamkan itu kini dalam bahaya kerana aktiviti pembalakan di Peru.
Apabila ahli-ahli antropologi meninjau kawasan itu dari pesawat, mereka melihat beberapa wanita dan kanak-kanak di mana tubuh mereka tidak dicat.
Namun, selepas pesawat itu berpatah balik ke kawasan sama beberapa jam kemudian, tubuh badan wanita dan kanak-kanak itu dicat dengan warna merah.
"Orang Asli di Amazon mengecat tubuh mereka kerana pelbagai sebab dan salah satunya adalah kerana mereka berasa diancam atau dalam keadaan mahu melakukan serangan," kata anggota Survival International, Miriam Ross.
"Dan mereka hampir pasti berasa diancam atau mahu menyerang ke arah pesawat seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu.
"Mereka hampir pasti tidak mengetahui apa benda yang terbang itu mungkin ia adalah roh atau burung besar," katanya.
Terdapat lebih 100 kumpulan Orang Asli yang tidak mempunyai hubungan dengan manusia moden hidup di seluruh dunia, separuh daripadanya tinggal di Brazil atau Peru, kata Survival International.
Sebahagian mereka mungkin tidak pernah mengubah cara hidup yang diamalkan lebih 10,000 tahun lalu. - Agensi

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: