NUFFNANG

Ahad, Julai 31, 2011

Selamatkah album foto internet?

Sejauh manakah selamatnya menyimpan gambar dalam talian pada portal-portal Internet?

GAMBAR-GAMBAR yang disimpan dalam portal Internet berisiko disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

DEWASA ini, kamera digital sudah begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia yang semakin maju melangkah dalam era digital. Di majlis-majlis perkahwinan dan keraian lain contohnya, telefon berkamera, kamera digital SLR mahupun kompak sudah menenggelami populariti kamera analog yang menggunakan filem.

Awas Longan ada bahan pengawet

BASUH LONGAN...Sebelum di makan.

KOTA BHARU - Bagi penggemar buah longan, anda diingatkan supaya berhati-hati ketika memakannya kerana dikatakan mengandungi bahan kimia pengawet 'Sulfur Dioxida' yang meninggal kesan negatif terutama kepada pesakit asma.

Sabtu, Julai 30, 2011

Misteri akar pokok

AKAR POKOK...Juga seperti manusia.

SAINTIS telah menemui jawapan bagaimana akar pokok merasakan haluan tumbuhnya dalam kegelapan di dalam tanah.

Kucing hidup ditusuk panah



GAMBAR menunjukkan sebilah anak panah menembusi kepala seekor kucing.


BLOOMINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Seekor kucing di sini masih mampu hidup walaupun kepalanya ditembusi sebilah anak panah, lapor sebuah akhbar semalam.

Hidung, telinga dipotong akibat mengundi



KABUL - Seorang rakyat Afghanistan, Lal Mohamed (gambar) tidak menduga dia akan kehilangan hidung dan telinga disebabkan mengundi pada pilihan raya presiden negara itu bulan lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Gempar remaja AS keluar air mata darah

Lagi kes keluar air mata darah...


INMAN mengeluarkan air mata darah.




Keratan akhbar menunjukkan Rashida mengeluarkan air 
mata darah.



ROCKWOOD, Amerika Syarikat (AS) - Seorang remaja lelaki, Calvino Inman yang berumur 15 tahun mengeluarkan air mata darah sehingga menyebabkan doktor-doktor kebingungan kerana mereka tidak mengetahui puncanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Air liur pijat jadi penawar kanser?






PARA penyelidik di Brazil mendapati air liur parasit penghisap darah, pijat mempunyai potensi besar untuk menjadi penawar kanser kulit, hati dan pankreas. Sejenis protein dalam air liur pijat yang ditemui di Amerika Selatan, Amblyomman cajennense didapati mampu mengurangkan dan menghapuskan sel-sel kanser dan membiarkan sel-sel yang sihat terus hidup.

Ibu gelap lahir anak cerah



ROSEMERE FERNANDES DE ANDRADE bergambar bersama anak-anaknya di Pernambuco, Brazil baru-baru ini.

OLINDA - Seorang wanita kulit hitam di Brazil, Rosemere Fernandes de Andrade mengejutkan ramai saintis selepas melahirkan tiga orang anak berkulit putih, lapor sebuah akhbar semalam

Titik gempa hampiri Malaysia






KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.

Kenali melalui cara berjalan

Serasi adalah satu perkataan yang sering menjadi pokok kepada sesuatu perhubungan. Apabila anda memahami dan mengetahui personaliti pasangan anda, pasti lebih mudah mewujudkan keserasian.

CARA berjalan mungkin boleh membantu kaum lelaki mengenali wanita yang bakal menjadi suri hatinya.

SEPERTI sukarnya mencari mutiara di lautan, begitu jugalah sukarnya untuk menilai seseorang untuk dijadikan suri hidup.

Rabu, Julai 27, 2011

Mengenali titik keghairahan

Kesukaran mengetahui kawasan titik keghairahan dan berasa sakit sewaktu pasangan menyentuh vagina adalah masalah yang kerap dihadapi wanita.


DR. BEVERLY WHIPPLE sewaktu membentangkan laporan mengenai kerunsingan wanita terhadap Hubungan Seksual di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Ramai wanita memberi pendapat berbeza mengenai kemuncak kenikmatan seksual yang dirasai mereka ketika melakukan hubungan seks dengan pasangan.

Selasa, Julai 26, 2011

Gila remaja 16 tahun - Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Dia mungkin ada di depan anda!

PEROGOL...Hanya menunggu peluang yang terbuka.

HAMPIR kesemua kajian dan penyelidikan awal yang dilakukan ke atas kejadian rogol, di dalam dan luar negara, hanya bertumpu pada insiden yang berlaku. Kalau diselami jauh pun, ia masih menyentuh kesan yang dialami oleh mangsa rogol dan cara-cara menangani punca kejadian tersebut.

Angkasawan AS akui makhluk asing wujud

 Dr. Edgar Mitchell

LONDON - Makhluk asing pernah menghubungi manusia beberapa kali tetapi pihak kerajaan menyembunyikan kebenaran selama 60 tahun, kata lelaki keenam yang berjaya berjalan di bulan, Dr. Edgar Mitchell (gambar).

Ahad, Julai 24, 2011

Kredibiliti sebagai blogger

Blogger seharusnya memiliki etika yang betul, menyampaikan apa yang benar, bersedia menerima dan menjawab kritikan serta tidak memihak kepada mana-mana individu.

DEWASA ini, kemudahan Internet telah membawa kepada kewujudan weblog ataupun lebih dikenali sebagai blog.
Blog ialah sebuah laman web. Ia dibina menggunakan perisian yang telah diformat bagi membolehkan sesiapa sahaja membinanya tanpa perlu menguasai pengetahuan teknikal yang mendalam.

Mengubat sakit kepala

KUNTUMAN mekar Ara Dani semerbak pada waktu malam.

ARA DANI adalah sejenis renek yang memanjat. Daun bujur memanjang dan meruncing di bahagian hujung serta tumbuh berpasang-pasangan di sepanjang batang. Batangnya keras dan liat. Batang muda berwarna hijau dan yang tua berwarna hitam.

Misteri kilat

KILAT mungkin satu fenomena yang biasa, namun ia masih menimbulkan kekeliruan di kalangan saintis.

Berhati-hati melayari Internet

Oleh ADLAN JAAFAR
Source

SERINGKALI kita melihat pautan-pautan di laman web atau video yang menggunakan imej-imej seksi ketika melayari laman sosial kegemaran seperti Facebook.

Rabu, Julai 20, 2011

Bila monyet mencuri kamera

Kenapa monyet ini tersenyum sendiri ?
Seorang jurugambar David Slate telah tertinggal kamera di hutan utara Sabah

Isnin, Julai 18, 2011

Adakah anda tahu?

Sebuah video yang sangat menakjubkan tentang kejadian seorang anak manusia.Agar kita lebih faham bagaiman asal kejadian kita.
JANIN Dalam kandungan...Bagaimana ianya terjadi?
Sila lihat video berikut...

Ahad, Julai 17, 2011

Budak lapan tahun bermain Anaconda

Kanak-kanak berusia lapan tahun ini menjadikan seekor ular sawa burma ataupun Anaconda ini sebagai binatang peliharaan dan kesayangannya.malah Anaconda ini tinggal serumah dan sebilik dengan budak ini.
SELAMBA...kanak-kanak ini bermain dengan Anaconda kesayangannya.

Masukkan nat pada kemaluan

SEORANG anggota Bomba dan Penyelamat menunjukkan contoh nat yang tersekat di pangkal kemaluan seorang lelaki di Johor Bahru .

JOHOR BAHRU - Gara-gara memasukkan nat secara suka-suka pada kemaluan, seorang lelaki menanggung derita dan dikejarkan ke hospital setelah nat tersebut gagal dikeluarkan.

Naga Chini belum mati

Kisah naga terlalu sinonim dengan tasik air tawar kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera, Tasik Chini. Beratus tahun berlalu, ia masih melingkari mereka, tetapi tanpa kesan pengaruhnya.
NAGA Tasik Chini...

BERATUS tahun lamanya legenda naga mengisi pemikiran dan kepercayaan Orang Asli yang berumah di sekitar Tasik Chini, Pekan, Pahang.

Sabtu, Julai 16, 2011

Gempar Ubatan bahan buangan lembu

SHREE MAA ANANTANAND bersama sebahagian daripada ubat-ubatan yang diperbuat daripada air kencing lembu untuk merawat pesakit yang menghidap penyakit buah pinggang dan kanser di Ahmedabad.

“TUHAN berada di dalam najis lembu,” kata Kesari Gumat semasa dia berjalan melintasi makmal yang dipenuhi para penyelidik yang sibuk.

Teori relativiti Albert Einstein



"APABILA lelaki duduk bersama gadis cantik selama satu jam ia bagaikan satu minit. Tetapi apabila duduk di atas dapur panas selama seminit ia seperti satu jam. Itu relativiti," demikian kata Albert Einstein mengenai teori relativiti.

Garam kena haram

PENGHASILAN garam banyak terdapat di kawasan pantai yang kering.
RIBUAN restoran di sini bakal dikenakan hukuman denda AS$1,000 (RM3,310) setiap kali menggunakan garam dalam hidangan untuk pelanggan ekoran pengenalan rang undang-undang baru oleh seorang wakil rakyat, Felix Ortiz.

Rumah terbalik di zoo Jerman



GAMBAR menunjukkan
rumah terbalik di Gettorf, Jerman.

BERLIN - Sekumpulan tiga tukang kayu Jerman yang diketuai Gerhard Mordhorst bersama rakannya, Gesellse Splettstößer dan Manfred Kolax mencipta sebuah rumah terbalik seberat 40 tan dekat sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Ladang ganja terbesar ditemui


BEBERAPA askar berjalan dekat pokok ganja di gurun Baja California, Mexico kelmarin.

TIJUANA - Askar-askar Mexico menemui ladang ganja terbesar di Mexico dengan keluasan seluas 120 hektar di gurun Baja California 250 kilometer dari sini, kata Jabatan Pertahanan semalam.

Jumaat, Julai 15, 2011

Replika masjid dijadikan sasaran menembak

GAMBAR yang disiarkan oleh akhbar Daily Mail semalam menunjukkan replika masjid yang digunakan di sebuah padang sasar di Yorkshire Utara, Britain.

BELLERBY - Beberapa kumpulan Islam mendakwa tentera Britain menjadikan replika tujuh masjid di sebuah padang sasar di Yorkshire Utara sebagai sasaran latihan menembak, lapor sebuah akhbar semalam.

Kenapa ramai warga Israel jadi penjual senjata haram?

GAMBAR menunjukkan anggota-anggota sebuah kumpulan militan Islam berbaris dengan memegang senjata api di sebuah kem latihan di Mogadishu, Somalia pada 23 Jun lalu.
BAITULMUQADDIS – Tindakan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menangkap seorang rakyat Israel kerana menjual senjata ke Somalia di Afrika menimbulkan banyak persoalan dan memerlukan jawapan, lapor sebuah akhbar http://www.haaretz.com di negara Yahudi itu semalam.

Gempar Misteri imej Bigfoot berjalan

...terakam Bigfoot ?




SEEKOR makhluk berbulu berjalan dekat sebatang pokok dekat tapak perkhemahan di Osawatomie, Kansas, Amerika Syarikat baru-baru ini.



OSAWATOMIE, Amerika Syarikat (AS) - Satu rakaman video disiarkan di laman YouTube menunjukkan seekor makhluk berbulu berjalan seperti manusia pada waktu siang, lapor lamanGhost Theory semalam.
Imej itu menunjukkan makhluk itu berjalan di belakang beberapa buah pokok dekat tapak perkhemahan di Osawatomie, Kansas, AS.
Makhluk itu menundukkan kepala semasa ia berjalan di belakang barisan pokok itu.

Khamis, Julai 14, 2011

Motorsikal canggih

Hanya bermodalkan sebuah motorsikal lama 125cc,Dia telah berjaya mencipta sebuah motorsikal canggih yang lain daripada motorsikal yang ada di pasaran.Kemana sahaja beliau pergi pasti menjadi tumpuan orang ramai.
AERODINAMIK...Hanya sebuah motorsikal biasa.

Gadis kecewa tiduri 200 lelaki Internet

LOUISE GRANT

MANCHESTER - Kebanyakan wanita melayari Internet untuk mencari pakaian, kasut atau tawaran diskaun namun seorang pengurus kelab malam, Louise Grant, 25, menggunakannya untuk mencari teman tidur, lapor sebuah akhbar.

Keajaiban kismis

Ramai yang melihat harga kismis agak mahal, sedangkan snek ringan lain yang mungkin sama harga dengan kismis tidak menyediakan khasiat kepada anak-anak.
JADIKAN KISMIS Sebagai snek harian anda.

Apabila ditanya apakah snek makanan ringan untuk kanak-kanak, jawapan yang biasa diterima adalah makanan seperti keropok, ais krim, gula-gula, lolipop, kerepek ubi kentang dan jeruk.

Kaki botol ketuk paku di kepala

LIN yang mengetuk sendiri paku di kepalanya dirawat di Kolej Perubatan Shantou, China.

BEIJING - Seorang suami berumur 66 tahun, Ma Lin melakukan tindakan drastik apabila mengetuk sebatang paku sepanjang 20.3 sentimeter di kepalanya apabila isterinya mengkritik perbuatannya yang kaki botol, lapor sebuah akhbar.

Rabu, Julai 13, 2011

Lelaki awas 5 petunjuk ini.


Dalam masyarakat yang semakin obses dengan kesihatan, adalah mustahil untuk melepaskan diri daripada memperkatakan tentang kisah-kisah pahit dan manis berkaitan kesihatan. Daripada pandemik kepada simptom-simptom penyakit yang menggerunkan, berita-berita mengenai penyakit selalunya diiringi dengan elemen takut dan bimbang.

Hakikatnya penyakit tidak mengenal usia, bangsa, agama mahu pun jantina. Apa yang boleh dilakukan adalah mencegah dan kemudiannya jika tidak berkesan merawat. Bagi lelaki, kesihatan mungkin bukan topik yang digemari. Namun tidak bermakna soal kesihatan dipandang ringan.

DNA boleh dipalsukan

AWAS...DNA anda juga boleh di palsukan.

WASHINGTON - Seorang penyelidik berjaya membuktikan bahawa asid deoxyribonucleic (DNA) boleh dipalsukan, demikian menurut kajian yang diterbitkan jurnal Forensic Science International: Genetics.

Selasa, Julai 12, 2011

Bayi tanpa tempurung kepala



KEADAAN bayi perempuan yang lahir tanpa tempurung kepala di Hospital Medan, Sumatera Utara.

MEDAN, Indonesia - Seorang bayi perempuan anak Rudi Kusmawanti, 27 dan isterinya yang berusia 17 tahun, Sari Rianti lahir tanpa tempurung kepala, lapor akhbar Sumut Pos.

Wajah Lauper tanpa mekap



KIRI:WAJAH Cyndi Lauper berwarna merah di pipi semasa dia berada di sebuah lapangan terbang di Los Angeles pada Isnin lalu. KANAN: PENAMPILAN Cyndi Lauper kelihatan anggun dalam majlis pencalonan anugerah Grammy di New York pada 20 Januari lalu.

LOS ANGELES - Wajah bintang pop, Cyndi Lauper yang terkenal dengan lagu-lagu seperti Time After Time dan Girls Just Want To Have Fun bertukar menjadi kemerahan, lapor sebuah akhbar .

Cara cari arah kiblat guna Google Earth

Cara manual untuk pastikan arah kiblat dengan aplikasi "Google Earth" . Download Google Earth dahulu di : http://www.google.com/earth/


Sila ikuti langkah-langkah yang ditunjukkan dalam video ini.

Isnin, Julai 11, 2011

Tamar Jalis pelopor novel mistik

HEBAT SIRI NOVEL BERCAKAP DENGAN JIN...Ilustrasi dan jalan cerita yang memukau.
KEMUNCULAN penulis novel mistik di negara ini memang tidak dinafikan kerana kesan penerimaan masyarakat terhadap karya bentuk itu masih mendapat sambutan.

Ini terbukti apabila Siri Bercakap dengan Jin (SBDJ) karya Mohamad Radzi Mahmud atau lebih dikenali sebagai Tamar Jalis, 71, merupakan sebuah karya menarik pada era 1980-an.

Ahli sejarah dedahkan siapa sebenar Mona Lisa

MONA LISA...Potret misteri yang semakin terungkai.

ROM - Seorang ahli sejarah seni Itali, Carla Glori, mendakwa dia telah membongkar siapa wanita dalam lukisan Mona Lisa, karya pelukis tersohor Leonardo da Vincci, lapor sebuah akhbar semalam.
Sejak berkurun-kurung lamanya, identiti dan senyuman Mona Lisa menarik minat pakar-pakar dengan pelbagai teori dikemukakan mengenai asal usul potret itu.

Jualan rokok elektronik semakin meningkat di pasaran dunia

CIPTAAN CANGGIH...Rokok elektronik.
PARIS - Pihak pengurusan syarikat pengeluar rokok elektronik, EdSylver menyatakan jualan rokok itu meningkat sejak 2007.
Rokok elektronik merupakan alternatif buat perokok kerana ia kelihatan seperti rokok biasa, diperbuat daripada bahan plastik, tidak mengeluarkan abu dan menghasilkan asap tiruan.

Ahad, Julai 10, 2011

Bergayut untuk ke sekolah

GAMBAR yang disiarkan oleh sebuah akhbar di Britain menunjukkan seorang pelajar perempuan menggunakan talian kabel di Rio Negro, Colombia.

BOGOTA - Beberapa pelajar sekolah rendah bergayut pada talian kabel dengan ketinggian lebih 396.24 meter semasa menyeberangi gaung di Rio Negro, Colombia untuk berulang-alik ke sekolah, lapor sebuah akhbar .

Jumaat, Julai 08, 2011

Kacang pis tumbuh dalam paru-paru

NGERI...Inilah imbasan 3D,pokok kacang pis yang tumbuh dalam paru-paru  Ron Sveden. 
BREWSTER, Amerika Syarikat (AS) - Seorang bekas guru yang sesak nafas selama beberapa bulan, Ron Sveden terkejut apabila beberapa doktor memberitahu terdapat anak pokok kacang pis yang sedang membesar dalam paru-parunya, lapor sebuah akhbar semalam.

Hilang ingatan selepas dihempap kura-kura



CHENG CHENG hilang ingatan selepas dihempap seekor kura-kura.

CHONGQING - Seorang budak perempuan di China iaitu Cheng Cheng hilang ingatan dan terpaksa dibawa ke sebuah hospital setelah dia dihempap seekor kura-kura yang sedang bunting, lapor sebuah akhbar semalam.

Tertelan nyamuk masa baca berita

RAKAMAN menunjukkan detik ketika seekor nyamuk (dalam bulatan) 
terbang memasuki mulut Ching.
TAIPEI - Seorang penyampai berita televisyen Taiwan, Huang Ching dikejarkan ke sebuah hospital selepas tertelan seekor nyamuk yang muncul ketika dia sedang membaca berita secara langsung di udara, lapor sebuah akhbar semalam.

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: