NUFFNANG

Jumaat, Januari 06, 2012

Seram Setinggan kubur Navotas



RAKYAT miskin di pinggir Manila tidak kisah berkongsi penempatan dengan kawasan perkuburan.


RUMAH yang didiami Emmalyn Ramos mempunyai pemandangan ibu kota Manila yang sungguh menakjubkan. Di sebalik bangunan-bangunan pencakar langit yang moden, jangan terkejut jika anda melihat tulang-tulang manusia bertaburan di luar pintu rumahnya.
Itulah realiti kehidupan yang dilalui segelintir masyarakat di pinggir kota Manila. Rakyat miskin dan orang mati tidak mempunyai pilihan sebaliknya terpaksa hidup bersama di pinggir pelabuhan Navotas. Ia merupakan salah satu kawasan penempatan penduduk terpadat di dunia.
"Memang kami mahu hidup di kawasan lain dan merasai kehidupan seperti orang biasa," kata Emmalyn, 20, yang sedang sarat hamil anak ketiga. Ketika itu dia sedang memberi makan dua anaknya di dalam sebuah gubuk yang diperbuat daripada helaian plastik, buluh dan sedikit kayu.
"Tetapi kami dilahirkan dan dibesarkan di sini. Saya tidak fikir kami mampu untuk hidup di luar sana."
Rumah Emmalyn betul-betul terletak di atas barisan makam konkrit setinggi lima tingkat. Ia kelihatan seperti kontena kapal dan kedudukannya agak berbahaya.
Emmalyn dan keluarganya yang seramai 12 orang termasuk teman lelakinya yang menganggur merupakan salah satu daripada kira-kira 600 keluarga yang menetap di tanah berunsur perkuburan iaitu satu komuniti yang ironiknya dipanggil Bagong Silang (Newborn).
Penduduk di kawasan perkuburan itu tidur, masak, makan, mandi dan membasuh baju di atas makam dan kehidupan mereka jika dilihat oleh orang luar memang mengerikan.
Tiada langsung tandas atau bekalan air. Ditambah pula dengan timbunan sampah-sarap di sekitar kawasan tersebut, menjadikan keadaan begitu menyedihkan. Lipas dan serangga perosak pula sentiasa berkeliaran pada waktu malam.
Disebabkan kekurangan ruang di dalam tanah perkuburan, mayat-mayat lama terpaksa dikeluarkan dari makam dan tulang mereka dibuang berselerak begitu sahaja di kawasan berhampiran.

KOTOR. Kawasan kediaman yang dipenuhi sampah sarap ini menjadi pilihan migran dari kepulauan Samar, Filipina.


Jurucakap majlis perbandaran Novotas, Jerry Doringo menjelaskan, penduduk tempatan mendapat pengkebumian secara percuma apabila mereka meninggal dunia kelak, tetapi mayat mereka hanya boleh disimpan di dalam makam selama lima tahun.
"Selepas tempoh tersebut, mereka perlu memberi laluan kepada mayat yang baru pula," katanya.
Kehidupan penduduk di kawasan perkuburan itu bagaimanapun tidaklah muram sepenuhnya.
Sewaktu matahari terbenam, kelihatan kaum lelaki yang tidak berbaju akan bermain bola keranjang, ada pula yang menyanyi dan kanak-kanak pula bermain layang-layang atau memanjat tembok makam.
"Kadang-kadang mereka akan bermain dengan tulang belulang atau tengkorak yang ada," ujar Emmalyn mengenai anaknya.
Ancaman perempuan sihir
Sementara itu, apabila dia mengatakan bahawa tiada hantu di kawasan berkenaan, adik lelakinya yang berusia 16 tahun, Marcelo tersengih-sengih sekali gus menafikan kata-kata kakaknya.
"Tiada apa yang perlu ditakutkan. Jika hantu datang, kami akan menyumpah mereka," tegasnya dengan berani.
Marcelo mengatakan bahawa selain daripada hantu, penduduk di kawasan terbabit terpaksa berdepan dengan aswang atau perempuan sihir yang memelihara kelawar. Pada waktu malam, perempuan itu akan melepaskan kelawarnya untuk menghisap darah manusia yang tidur.
"Dahulu, pernah ada aswang di sini. Salah satu kelawarnya telah menggigit anak saudara saya," tutur Marcelo dengan yakin.
Namun, sambil ketawa dan tersenyum lebar dia berkata, anak saudaranya itu sudah pulih dan hidup sihat hingga sekarang.
Menjelaskan lebih lanjut Jerry memaklumkan bahawa Navotas bukan satu-satunya bandar yang penuh dengan setinggan perkuburan.


RAKYAT miskin dan orang mati hidup bersama di pinggir pelabuhan Navotas, Filipina.



Katanya, majlis perbandaran telah membeli banyak lot rumah di selatan Manila yang mampu menyelesaikan sebahagian masalah setinggan di Navotas. Tetapi dia mengakui kemudahan di sana tidak cukup untuk semua penduduk yang ada sekarang.
Selain itu, penghuni di kawasan perkuburan lebih suka tinggal di tempat lama yang berjiran dengan makam-makam berbanding kawasan yang lebih jauh dari pelabuhan. Ini kerana ia akan menyusahkan mereka untuk mencari kerja.
Seorang guru sekolah, Juliet Verzosa berkata, kebanyakan penghuni yang tinggal di perkuburan merupakan migran tidak berpelajaran dari kepulauan Samar, salah satu kawasan paling miskin di Filipina.
"Mereka bekerja sebagai kuli di pelabuhan Navotas atau pasar-pasar awam dan menangkap ikan menggunakan kenu kecil," kata Juliet yang tinggal di luar kawasan perkuburan tetapi telah banyak membantu penduduk di kawasan tersebut sejak 15 tahun lalu. - AFP
Seram...Tanah perkuburan inilah kampung mereka

Anak-anak generasi kubur

Sanggupkah anda?Tinggal dicelahan kubur...Entah siapa tuannya.



2 ulasan:

Shafiq berkata...

PERGH..berani tu..

namialus67 berkata...

Bila hidup dihimpit kemiskinan,segalanya sanggup ditempuhi...Bersyukurlah kita dibumi Malaysia belum ada yang sampai ketahap ini,Thanks Shafiq atas respon anda.Selamat pagi...

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: