NUFFNANG

Jumaat, Julai 06, 2012

Pantai Pandak berpuaka?

KUALA TERENGGANU - Pantai Pandak di Chendering dekat sini memang digemari pengunjung kerana persekitaran pantainya yang cantik.Selain berbentuk lagun, pesisir pantai yang dipenuhi pasir bersih dan putih itu dilihat amat sesuai bagi pengunjung untuk mandi-manda.Namun di sebalik keindahan itu, Pantai Pandak juga ada sisi hitamnya kerana banyak merekodkan kejadian lemas sejak beberapa tahun lalu.

Pantai Pandak di waktu malam
Disebabkan banyak kes mati lemas yang berlaku, ada sesetengah penduduk setempat mendakwa kawasan itu ‘berpuaka’ dan sentiasa menagih ‘korban’ manusia setiap tahun.


Malah ada mendakwa jika seseorang itu berdiri di pesisir pantainya seorang diri, mereka akan dapat berasa seolah-olah pasir di situ bergerak dan kaki bagaikan ‘ditarik-tarik’ ke tengah laut.
Ombak Pantai Pandak
difahamkan, sehingga kini seramai 120 orang sudah menjadi mangsa kejadian mati lemas di kawasan berkenaan terutama dari kawasan Sungai Ibai hingga Hujung Batu.
PAPAN tanda amaran tidak dihiraukan oleh ramai pengunjung yang masih berani 
mengunjungi kawasan Pantai Pandak di Chendering, Kuala Terengganu.

KAWASAN Pantai Pandak masih terus menjadi tumpuan orang ramai untuk mandi meskipun telah banyak meragut nyawa pengunjung di Chendering, Kuala Terengganu.

Paling banyak meragut nyawa ialah kawasan Hujung Batu kerana di situ dikatakan hampir 100 kes lemas pernah berlaku.Sejauh mana kebenaran dakwaan penduduk itu, tiada siapa yang dapat mengesahkannya namun setelah cerita itu menular dan berlaku peningkatan kes dari semasa ke semasa ramai yang mempercayainya.
Pemandangan Pantai Pandak di waktu senja




4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ni pantai feveret aku ni! slalu lepak sini hari jumaat.... bestt....

p/s: lawa siot gambar...ingatkn pic wallpaper mana tadi...

namialus67 berkata...

Pantai ni memang cantik,berpuaka ke atau tak yang penting kalu mandi tu kena hati2.Thanks Ixbarr Abdullah atas respon anda.

TheInsider berkata...

waktu aku tulis ni pun,ada kejadian lemas lewat ptg semalam,mayat masih belum dijumpai,operasi pencarian masih lagi diteruskan. Semoga Allah permudahkan operasi mencari.

ohani berkata...

30/1/2013 : junior kampus sy lemas di pantai pandak. al-fatihah buat arwah.

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: