NUFFNANG

Sabtu, September 29, 2012

Kawah tahi bintang gergasi dijumpai di Mesir

KAHERAH - Sebuah kawah tahi bintang baru yang dikesan menerusi bantuan enjin carian Google Earth mungkin membantu saintis menentukan kesan hentaman objek dari angkasa lepas itu pada masa depan, lapor sebuah akhbar.

Imej kawah gergasi Kamil dari google map
Batu tahi bintang itu yang dikenali sebagai kawah Kamil sedalam 16 meter dan selebar 45 meter.

Ia terletak di sebuah gurun di selatan Mesir dan dipercayai terbentuk akibat hentaman batu tahi bintang seberat 10 tan yang bergerak pada kelajuan 12,070 kilometer sejam.
Gambar dari udara menunjukkan kawah tahi bintang Kamil di selatan Mesir.
Kawah tersebut dikesan pada 2008 oleh seorang pakar galian, Vincenzo De Michele dari Milan, Itali yang kemudian melancarkan ekspedisi selama dua minggu melibatkan 40 orang pada Februari lalu.

LIHAT VIDEO :

Saintis-saintis percaya, ia merupakan antara kawah muda yang dianggarkan kurang sepuluh ribu tahun. - Agensi

Link

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: