NUFFNANG

Khamis, Februari 28, 2013

AWAS MAKANAN PALSU BUATAN CHINA

China telah lama mempunyai reputasi untuk membuat barangan palsu, tetapi semenjak kebelakangan ini amalan itu benar-benar melampau. Selepas laporan berita telur palsu, beras palsu dan daging palsu dan yang terbaru kacang walnut palsu yang berisi simen konkrit adalah ciptaan terbaru pemalsuan makanan Cina yang melampau.

Pemalsuan makanan yang paling terlampau . . .
Kacang palsu ini telah dibeli oleh Encik Li daripada vendor di Zhengzou, Wilayah Henan. Apabila dia pulang ke rumah dan mula mengigit untuk membuka kacang, beliau mendapati bukan isi kacang tetapi dipenuhi dengan batu-batu kecil konkrit yang di bungkus dalam tisu.
Nah ! Ini dia isi kacang walnut palsu ni
Rupa-rupanya, banyak vendor kacang Walnut Cina cuba untuk memaksimumkan keuntungan mereka dengan menggantikan isi kacang dengan konkrit didalam tisu  supaya ia tidak mengeluarkan bunyi yang ganjil, dan mencampurkannya dengan kacang walnut yang asli supaya ia tidak mengeluarkan bunyi yang ganjil.
Bayangkan . . . Kalau kita tertelan konkrit simen ni . . .
Jualan kacang walnut palsu begitu berleluasa di China. Mereka yang tertipu telah memuat naik video tentang penipuan kacang walnut palsu ke YouTube. Sehingga kini ia telah di tonton 72,000 orang. Mungkin kacang walnut palsu telah berada di pasaran kita, Hati-hati jangan sampai terbeli yang palsu.

LIHAT VIDEO :

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: